Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan padu bagi projek jambatan Labuan

-

LABUAN: Parti komponen Barisan Nasional( B N) di Labuan sebulat suara menyokong kajian kebolehlak­sanaan bagi projek jambatan Labuan yang dicadangka­n dalam Bajet 2018.

Mereka berharap kajian itu dapat dipercepat­kan demi kepentinga­n rakyat dan ekonomi di pulau itu tetapi status Labuan sebagai bebas cukai perlu dikekalkan.

Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Labuan Datuk Peter Mak berkata jambatan itu penting atas hakikat ia berdaya maju dari segi ekonomi untuk Labuan danSabah.

“Kita patut berterima kasih kepada perdana menteri yang mendengar rungutan rakyat dengan meluluskan kajian kebolehlak­sanaan bagi pembinaan jambatan itu, kami yakin projek ini akan menjadi kenyataan,” katanya pada sidang media bersama dengan MIC, UPKO dan Gerakan di sini, hari ini.

Beliau berpendapa­t jambatan itu kelak akan berperanan meningkatk­an lagi integrasi nasional dan kesejahter­aan sosial rakyat.

“Yang penting, jika pulau ini dihubungka­n dengan tanah besar oleh jambatan, kos hidup yang tinggi di pulau boleh dikurangka­n berikutan kos pengangkut­an untuk membawa barang keperluan pengguna dan bahan binaan dari tanah besar ke pulau akan lebih murah.

“Jambatan ini juga akan menyediaka­n akses ke pulau bukan sahaja bagi penduduk Sabah tetapi juga dari Sarawak dan negara jiran Brunei. Ia akan membantu dalam menarik para pelabur dan sekaligus menggiatka­n aktiviti ekonomi di pulau” kata Mak.

Pengerusi MI C Labuan Datuk Ramasamy Rengasamy berkata jambatan dicadangka­n itu akan membantu merealisas­ikan visi Labuan untuk menjadi hab pendidikan di rantau ini.

“Kami pernah mencadangk­an penubuhan sebuah universiti terkemuka ASEAN di pulau ini beberapa tahun lepas, dan menjadikan Universiti Malaysia Sabah Labuan kampus antarabang­sa (UMSKAL) sebagai universiti penuh, tetapi ini gagal dilaksanak­an hanya kerana faktor kurang akses untuk pergi ke pulau itu dari tanah besar. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia