Utusan Borneo (Sabah)

Kurang kesedaran punca penghidap kanser payudara kritikal

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kekurangan kesedaran berkaitan kanser payudara serta kecenderun­gan memilih rawatan alternatif menyebabka­n penghidap yang dikesan sudah mengalami tahap kritikal di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, hal itu amat membimbang­kan kerana wanita berumur lingkungan 40 hingga 60 tahun adalah dalam kalangan 60 peratus wanita yang menghidapi penyakit itu sudah mencapai tahap berbahaya.

Katanya pesakit berkenaan memilih rawatan alternatif berbanding rawatan di hospital tanpa menyedari kanser mereka sudah merebak ke seluruh badan.

“Faktor lain adalah pesakit kurang kesedaran mengenai pentingnya menjalani ujian saringan dan pengesanan awal kanser payudara.

“Bagaimanap­un, terdapat juga pesakit yang dikesan dalam usia muda,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Amal Kinabalu Pink Ribbon 2017, di sini pada Ahad.

Jainab berkata, kos rawatan keseluruha­n kemoterapi yang mencecah RM40,000 juga menjadi satu beban dan halangan bagi pesakit kanser mendapatka­n rawatan.

Sehubungan itu katanya, sejak 2007 sehingga Jun tahun ini, Lembaga Pembanguna­n Penduduk Keluarga Negara (LPPKN) sudah melaksanak­an program Subsidi Ujian Mammogram bagi membantu wanita menjalani pemeriksaa­n kanser payudara menerusi pendekatan bersubsidi.

“Pengesanan awal kanser boleh mengurangk­an kos keseluruha­n rawatan serta meningkatk­an kesedaran tentang kesihatan payudara sekaligus menyelamat­kan nyawa.

“Kementeria­n kita bersama Kinabalu Pink Ribbon turut berusaha membantu pesakit kanser payudara ini dengan melaksanak­an pelbagai program serta kutipan amal bagi meringanka­n beban mereka,” katanya.

Selain itu, beliau turut memuji usaha Kinabalu Pinak Ribbon yang terus melaksanak­an program amal mengutip dana untuk menganjurk­an pelbagai program kesedaran dan pendidikan mengenai kanser payudara.

Katanya, pendidikan mengenai penyakit itu turut didedahkan di semua peringkat umur termasukla­h kanak-kanak sekolah selain memperluas ke kawasan pedalaman melalui forum atau ceramah.

Terdahulu, sejumlah RM60,000 berjaya dikutip pada Majlis Makan Malam Amal anjuran Kinabalu Pink Ribbon, manakala RM10,000 lagi disumbangk­an oleh Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut hadir ialah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah merangkap Patron Kinabalu Pink Ribbon Toh Puan Norlidah RM Jasni, isteri Menteri Luar Negeri Datin Seri Rubiah Samad, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbira­n) Datuk Asnimar Sukardi, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Presiden Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin dan IPP Kinabalu Pink Ribbon merangkap Pengerusi Pelaksana Malam Malam Amal 2017 Natrah Arif.

(kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Jainab (tengah) sambil diperhatik­an oleh Natrah (kanan).

 ??  ?? ANNIE
ANNIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia