Utusan Borneo (Sabah)

TLDM perkasa sistem bahagian, elak kejadian buli berulang

-

KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memperkasa­kan sistem bahagian di semua peringkat bagi mengelakka­n kejadian yang boleh menjejaska­n imej pasukan seperti buli daripada berlaku.

Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata sistem itu membolehka­n anggota TLDM yang mengetahui atau menghadapi situasi berkenaan membuat aduan kepada pegawai yang bertanggun­gjawab pada bahagian itu.

“Laporan itu akan disampaika­n ke peringkat atasan dan apa yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kejadian (buli) itu tidak sewajarnya berlaku dan bukan amalan TLDM.

“Saya harap selepas ini, pegawai dan anggota TLDM dapat berfikir panjang dalam tindakan mereka. Semua pihak kena patuhi SOP dan setiap ketua bahagian harus memainkan peranan memastikan semua anggota di bawahnya mematuhi SOP yang digariskan,” katanya.

Mohamad Roslan berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Panglima Markas Wilayah Laut Timur 1 antara Laksamana Muda Datuk Mohd Reza Mohd Sany kepada Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, Isnin.

Pada September lalu, LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatulim­an Mohd Sukri, 26, meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan Perak dipercayai akibat didera.

Laporan bedah siasat ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematianny­a disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatulim­an meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Pada 17 Okt lalu, empat Laskar Kanan TLDM didakwa atas tuduhan membunuh dan mencederak­an serta melakukan ugutan jenayah kepada dua mangsa itu yang didakwa berlaku antara 12 hingga 29 Sept.

Selain itu, Mohamad Roslan berkata program Rakam Maritim (RAKAM) antara TLDM dengan nelayan yang dimulakan 2016 berjaya mengurangk­an kemasukan nelayan asing ke dalam perairan negara.

Program ini membolehka­n nelayan berkongsi maklumat dengan T L D M pada bila-bila masa yang membolehka­n kita melakukan tindakan segera. Selain daripada ancaman nelayan asing, RAKAM juga membantu dalam operasi mencari dan menyelamat di laut,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia