Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah: Lans koperal diperintah bela diri

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini memerintah­kan seorang anggota polis membela dirinya pada 6 hingga 7 November, atas pertuduhan menerima rasuah.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan berkenaan terhadap Awang Mohamad Awang, 42, yang diwakili peguam Goldam Hamid.

Dalam penghakima­n terbabit, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai lans koperal yang bertugas di Balai Polis Inanam menerima suapan daripada Mariam Husin.

Ia sebagai upah tidak melakukan sesuatu berhubung dengan hal ehwal prinsipaln­ya, agar melepaskan Meriam dan Jhon Cleent Leonie yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Kesalahan dilakukan pada 11 Mac 2010 jam 1 petang hingga jam 2.30 petang di dalam sebuah kereta, Lorong Ceri di sini.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut manamana yang lebih tinggi.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pendakwaan memanggil 30 saksi untuk memberikan keterangan terhadap tertuduh.

Pendakwaan terbabit dilakukan Pegawai Pendakwa Awang Samsul Baharam Bungso dari SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia