Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu bas didakwa pandu melulu, sebabkan kematian

-

KOTA KINABALU: Seorang pemandu bas berhadapan hukuman penjara sepuluh tahun, apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan memandu melulu hingga menyebabka­n kematian seorang lelaki.

Yusuf Abai, 51, yang didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes.

Mahkamah menetapkan pada 6 November untuk pengurusan kes terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam, bagi menentukan tarikh perbicaraa­n.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu sehingga menyebabka­nkematianY­usri Ag Yusof, 32, pada 26 Jun tahun lalu jam 7.30 malam, di pusingan-U Iramanis, Jalan Lintas.

Hukuman yang diperuntuk­kan selain penjara boleh juga dikenakan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM750 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, tiga lelaki dikenakan denda atau penjara selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Chai Ting Woon, 38, dan Celestin Joikin, 50, masingmasi­ng dikenakan denda RM1,200, manakala Junaidy Hamid didenda RM1,400.

Jika gagal membayar denda berkenaan penjara selama tempoh enam bulan dikenakan.

Mereka didapati memandu dalam pengaruh alkohol pada 15 Jun hingga 22 September di Jalan Bundusan dan di hadapan SMK Bahang, di sini.

Atas kesalahan itu, mereka disabitkan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, denda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara selama setahun.

Semua pendakwaan terbabit dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Hanif Mamyudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia