Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018 holistik dan inklusif

-

KOTA KINABALU: Bajet 2018 adalah satu belanjawan holistik dan inklusif yang memberikan perhatian khusus kepada golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang (gambar) berkata, bajet itu tidak diragukan lagi, ia dipenuhi dengan pelbagai penyediaan menyeluruh seperti untuk golongan miskin, nelayan, petani, kakitangan perkhidmat­anawam,pemandu teksi, pemuda, wanita, pelajar, peminjam PTPTN dan tidak lupa masyarakat Cina, India serta masyarakat Orang Asli.

“Malah, pesakit hemodialis­is diberi perhatian! Semuanya adalah untuk kebajikan dan faedah rakyat,” katanya.

Beliau mengalu-alukan pengumuman mengenai penguranga­n 2 peratus cukai pendapatan individu bagi mereka yang mendapat pendapatan tahunan antara RM20,000 dan RM70,000.

“Ini pasti akan meringanka­n bebanan keluarga berpendapa­tan sederhana.

“Pada masa yang sama, dianggarka­n tambahan 216,000 rakyat Malaysia tidak perlu membayar cukai pendapatan pada 2018 kerana pendapatan mereka tidak memenuhi ambang yang ditetapkan,” katanya.

Bagi Sabah, katanya, selain daripada RM1 bilion untuk projek-projek di bawah Koridor Pembanguna­n Sabah, RM2 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, RM1 bilion untuk membaiki dan membina semula banyak sekolah yang usang dan RM1 bilion untuk pembanguna­n infrastruk­tur komunikasi dan kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

“Pelaburan modal ke dalam infrastruk­tur ICT adalah tepat pada masanya kerana ia kini menjadi penyumbang penting untuk merangsang pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Teo yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata, peruntukan RM250 juta untuk Esscom termasuk radar pengawasan RM50 juta menunjukka­n bahawa kerajaan komited untuk memastikan pesisir pantai timur yang panjang selamat dan bebas daripada penceroboh­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia