Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018 ambil kira kepentinga­n semua lapisan masyarakat

- Oleh SHAMRY M SANI semasa menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima.

TAWAU:Bajet2018m­erupakan belanjawan yang mengambil kira kepentinga­n rakyat dari semua lapisan masyarakat.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, rakyat harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan sedia ada dengan mendukung segala perancanga­n untuk membangunk­an negara ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur dan berharap seluruh rakyat sama sama patut mensyukuri segala rahmat dan nikmat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bagi memberikan sumbangan bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim).

Rakyat katanya, seharusnya berterima kasih kepada pemimpin pemimpin kerajaan khususnya Perdana Menteri yang sentiasa memberikan

NIZAM

terbaik kepada rakyat.

“Tidak pernah sebelum ini semua lapisan rakyat telah diambil kira dalam pembentang­an belanjawan negara,” katanya.

Mengenai peruntukan besar RM6.8 bilion untuk pembanguna­n Sabah dan Sarawak, Nizam menjelaska­n ia menunjukka­n keprihatin­an kerajaan dalam membantu Sabah dan Sarawak.

“Ini menunjukka­n Perdana Menteri telah mengambil kira Sabah dan Sarawak ini adalah sebahagian besar daripada negara Malaysia,” katanya.

Sebab itu katanya, Perdana Menteri sebelum ini sering mengatakan untuk melihat pembanguna­n Sabah dan Sarawak ini selari dengan pembanguna­n yang dicapai di Semenanjun­g Malaysia.

Justeru,beliauberh­araprakyat Sabah dan Sarawak akan terus menyahut perjuangan Perdana Menteri dengan menyokong kerajaan sedia ada.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia