Utusan Borneo (Sabah)

Petani Tenom sambut saranan tambah baik amalan pertanian

- Oleh HENRY BATING

TENOM: Kalangan petani menyambut baik saranan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Haji Tajuddin Abdul Rahman mengenai amalan pertanian baik yang menjurus kepada cara bertani yang lebih rajin dan mengikut kaedah pertanian moden.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom OKK David Jani berkata saranan Tajudin itu lebih khusus dan disambut baik para petani di kawasan ini terutamany­a ahli jemaah pengarah PPK.

“Kita menyambut baik saranan itu dan di pihak PPK, kita akan memberi penekanan ke arah itu demi kebaikan petani sama ada pesawah padi atau penanam buahbuahan agar terus memperoleh produktivi­ti yang tinggi,” katanya.

Katanya,tidakdinaf­ikanpara petani di kawasan ini sentiasa mengikuti perkembang­an kaedah-kaedah melalui transfomas­i dalam usaha meningkatk­an mutu pertanian mereka.

“Jelas sekali, kita di kawasan luar bandar masih amat memerlukan pelbagai kemudahan ke arah meningkatk­an amalan pertanian baik,” katanya mengulas lawatan kerja Tajudin ke PPK Tenom pada Sabtu.

David yang juga Ketua Daerah Tenom mengharapk­an pengumuman peruntukan oleh Perdana Menteri sebanyak RM500 juta dalam Bajet 2018 kepada Kementeria­n Pertanian dapat memberi limpahan kepada pembanguna­n pertanian dan sistem pengairan sawah padi ke kawasan luar bandar khususnya daerah ini.

“Kita telah mengemukak­an masalah sistem pengairan di kawasan ini kepada timbalan

bersama Raime dan Hassan menunjukka­n limau besar yang menjadi antara produk tanaman di Tenom.

menteri dan mengharapk­an peruntukan yang begitu besar dapat disalurkan kepada penanampad­isawahdika­wasan ini agar setanding penanaman padi di Semenanjun­g,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Pengurus Besar PPK Tenom Abdul Hassan Jumput dan ahli jemaah PPK Tenom.

 ??  ?? TAJUDIN
TAJUDIN
 ??  ?? DAVID mengiringi Raime dan Tajuddin mengunjung­i hasil pisang saba yang dipamerkan.
DAVID mengiringi Raime dan Tajuddin mengunjung­i hasil pisang saba yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia