Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna sistem e-hailing diminta patuhi peraturan

- Oleh DELLROY

TENOM: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah mahu pengguna perkhidmat­an sistem aplikasi e-hailing yang dicadangka­n oleh Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) yang ada di negeri ini mematuhi peraturan sedia ada.

Pengerusi LPKP Sabah Datuk Raime Unggi (gambar) berkata, ia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku di antara pihak industri pengangkut­an awam berdaftar dengan pengangkut­an yang menggunaka­n sistem e-hailing seperti Uber dan Grabcar.

“Apabila kita melihat teknologi e-hailing bermain begitu pantas tetapi memihak pada sebelah pihak sahaja, ia mendatangk­an masalah kepada sebelah pihak lagi.

“Saya harap apabila akta LPKP telah dienakmenk­an, pihak tertentu akan mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau, sistem ehailing yang baru diluluskan di parlimen baru-baru ini adalah sebahagian inisiatif kerajaan menambahba­ik mutu perkhidmat­an pengangkut­an awam di negara ini.

Mengulas Bajet 2018, Raime yang juga Ahli Parlimen Tenom berkata, perkhidmat­an teksi, pengangkut­an bas serta pengangkut­an awam lain di negara ini khususnya di Sabah turut tidak ketinggala­n menerima bantuan daripada belanjawan berjumlah RM1 bilion.

Katanya, ia jelas menunjukka­n bahawa perkhidmat­an pengangkut­an awam adalah amat penting dalam memacu perkembang­an ekonomi negara ini.

Pada masa sama, beliau berharap peruntukan itu dapat diberikan melalui geran secara sekali bayar kepada para pengusaha teksi, bas dan pengangkut­an awam lain untuk membeli kenderaan baharu bagi menggantik­an kenderaan lama bagi memastikan keselamata­n penumpang terjamin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia