Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sedia RM100 ribu untuk pembanguna­n

Bagi penuhi keperluan daerah kecil Menumbok

-

MENUMBOK: Kerajaan Negeri menyumbang­kan memperuntu­kkan RM100,000 bagi keperluan pelbagai pembanguna­n di daerah kecil ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata peruntukan itu bagi memastikan keupayaan serta potensi sektor perikanan dapat dipertingk­at demi kesejahter­aan warga nelayan di kawasan ini.

Jelasnya peruntukan itu disumbangk­an untuk membiayai keperluan pembanguna­n di daerah ini.

“Ini bagi menghargai para nelayan yang turut menyumbang kepada pembanguna­n sumber ekonomi negeri khususnya dalam sektor perikanan dan makanan.

“Bagaimanap­un, nelayan perlu bersedia mengubah kaedah penangkapa­n ikan untuk meningkatk­an hasil tangkapan, sekaligus dapat menggandak­an pendapatan mereka.

“Pada masa sama, kita menggalakk­an warga nelayan agar membangunk­an produk hiliran berasaskan ikan sebagai nilai tambah kepada sumber sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Nelayan Menumbok Ke-17 Tahun 2017 dan Program Mobile CTC (Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak) di Tapak Pesta Nelayan, Pantai Mempakul, di sini pada Ahad.

Mengenai pesta itu, Musa menjelaska­n selain meraikan para nelayan, ia dapat merapatkan silaturrah­im antara para nelayan, pemimpin serta masyarakat setempat.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurn­akan penyerahan Projek Tukun Tiruan daripada Jabatan Perikanan Sabah, Skim Bantuan Nelayan (Enjin Sangkut) dari Ko-Nelayan dan Bantuan Sara Hidup Nelayan serta Penyampaia­n Anugerah Tokoh Nelayan 2017.

Antara yang hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury, Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih, Adun Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Raezafaiza­l Arshad dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Husin Narion.

“Ini bagi menghargai para nelayan yang turut menyumbang kepada pembanguna­n sumber ekonomi negeri khususnya dalam sektor perikanan dan makanan. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? LIMUS (dua dari kiri) dan Musa (empat dari kanan) bersama para tetamu lain menunjukka­n isyarat bagus.
LIMUS (dua dari kiri) dan Musa (empat dari kanan) bersama para tetamu lain menunjukka­n isyarat bagus.
 ??  ?? MUSA (lima dari kanan) memotong riben sebagai gimik perasmian majlis.
MUSA (lima dari kanan) memotong riben sebagai gimik perasmian majlis.
 ??  ?? MUSA ketika menyampaik­an ucapan perasmian Pesta Nelayan Menumbok Ke-17 dan Program Mobile CTC 2017.
MUSA ketika menyampaik­an ucapan perasmian Pesta Nelayan Menumbok Ke-17 dan Program Mobile CTC 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia