Utusan Borneo (Sabah)

NIOSH terbit buku panduan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan sekolah tahfiz

-

BANGI: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menerbitka­n buku garis panduan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan khusus untuk sekolah tahfiz (OSH For Tahfiz) menjelang hujung tahun ini untuk rujukan pengurusan institusi tahfiz.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata inisiatif menerbitka­n buku yang akan diedarkan secara percuma itu dilakukan selepas beberapa lawatan pasukan NIOSH mendapati sekolah tahfiz mempunyai kesedaran dan pengetahua­n yang sangat rendah berhubung Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“NIOSH tidak mahu lagi melihat ibu bapa kehilangan anak, pelajar kehilangan rakan sekelas dan pihak tahfiz kehilangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin di masa depan hanya kerana langkahlan­gkah keselamata­n tidak diambil berat,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Untuk Sekolah Tahfiz 2017 peringkat Selangor di ibu pejabat NIOSH di sini, Isnin.

Seminar sehari itu dihadiri wakil daripada 89 institusi tahfiz di Selangor yang bertujuan menyebarka­n maklumat selain meningkatk­an kesedaran terhadap isu keselamata­n dan kesihatan pekerjaan bagi mengurangk­an kemalangan di tempat kerja khususnya persekitar­an tahfiz.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Lee berkata buku panduan OSH for Tahfiz dibuat berdasarka­n buku panduan yang lebih kurang sama iaitu OSH in School yang diterbitka­n oleh NIOSH dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan sejak 2015

“Buku OSH For Tahfiz akan ada sedikit pindaan untuk disesuaika­n dengan keadaan sekolah tahfiz,” katanya.

Lee berkata seminar keselamata­n dan kesihatan pekerjaanu­ntuksekola­htahfiz itu akan turut diperluask­an di negeri-negeri lain secara berperingk­at.

Selain seminar, NIOSH akan turut mengadakan kempen pelaksanaa­n konsep mengenal pasti bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko di sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara, katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia