Utusan Borneo (Sabah)

Cari penyelesai­an kekurangan pekerja sektor sawit

Sarawak kini berhadapan masalah kekurangan pekerja untuk menuai buah kelapa sawit “Saya telah mencabar Swinburne University of Technology di Sarawak dan Melbourne untuk mencipta jentera untuk menuai buah kelapa sawit dengan lebih cekap dan pantas. ” DATU

-

KUCHING: Sarawak perlu mencari penyelesai­an alternatif kepada masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladanga­n kelapa sawit.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata Sarawak kini berhadapan masalah kekurangan pekerja untuk menuai buah kelapa sawit.

Justeru katanya, Sarawak perlu mencari penyelesai­an alternatif bagi menangani masalah ini.

“Saya telah mencabar Swinburne University of Technology di Sarawak dan Melbourne untuk mencipta jentera untuk menuai buah kelapa sawit dengan lebih cekap dan pantas.

“Jentera ini bukan sahaja untuk menuai buah kelapa sawit tetapi juga dapat mengenal pasti buah yang sudah masak atau belum masak dengan mengeluark­an signal tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertanding­an Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Ahad.

Tambah Abang Johari, kerajaan negeri bersedia membiayai penyelidik­an untuk mencipta jentera penuai buah kelapa sawit dan pihak Swinburne kini telah memberi maklum balas kepada cabaran ini.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyatakan perancanga­n kerajaan untuk memperluas­kan Hab Inovasi Digital TEGAS ke empat lagi kawasan di negeri ini iaitu Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas.

Sarawak katanya, telah mewujudkan hab digital yang pertama di Kuching diikuti yang kedua di Sarikei dan yang ketiga di Betong.

Hab Inovasi Digital TEGAS atau HIDT merupakan satu usaha kerajaan negeri untuk meningkatk­an penglibata­n belia muda dalam bidang teknologi digital.

“Kita telah diperuntuk­kan RM1 bilion untuk meningkatk­an kelajuan Internet di negeri ini.

“Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri memperuntu­kkan sejumlah RM 1 bilion lagi untuk tujuan yang sama kepada Sarawak dan Sabah.

“Ini menjadikan kita kini mempunyai RM1.5 bilion bagi menaik taraf infrastruk­tur Internet di Sarawak.

“Harapan kita, kelajuan Internet dapat dipertingk­atkan kepada 100 MB sesaat bagi setiap isi rumah,” katanya.

Padamajlis­itu,AbangJohar­i turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang dalam 11 bidang yang dipertandi­ngkan yang menawarkan hadiah wang tunai masing-masing RM3,000, RM1,500 dan RM1,000 bagi tempat pertama, kedua dan ketiga berserta pingat dan sijil.

Manakala Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri Sarawak disampaika­n kepada Zacchaeus Labang Unyuk daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi dan sijil.

Pada majlis itu, Proton Edar Sdn Bhd turut menyumbang empat kereta jenama Proton untuk kegunaan pelajar Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Samarahan.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong serta yang lain.

 ??  ?? ABANG JOHARI menyampaik­an Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri Sarawak kepada Zacchaeus (empat kanan) sempena Pertanding­an Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017 di BCCK.
ABANG JOHARI menyampaik­an Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri Sarawak kepada Zacchaeus (empat kanan) sempena Pertanding­an Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017 di BCCK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia