Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan budaya belajar jadi amalan kanak-kanak

-

SIBU: Pendidik, ibu bapa dan masyarakat harus bijak memainkan peranan untuk memastikan budaya belajar terus menjadi amalan kanak-kanak sehingga mereka dewasa dan berjaya.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata budaya itu memberi manfaat kepada anak-anak, keluarga, bangsa dan negara.

“Pada masa depan, merekalah yang akan menerajui negara dan generasi merekalah yang akan menentukan kejayaan wawasan kita mencorakka­n masyarakat dan negara.

“Segala keperluan mereka seperti kebajikan, makanan dan pemakanan, belaian kasih sayang, bimbingan dan pendidikan harus diberikan agar mereka menjadi insan berguna dan bertanggun­gjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri pada Majlis Konvokesye­n Mini Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Lanang 2017 anjuran Kemas Bahagian Sibu di sini, pada Sabtu.

Justeru, Nanta menyeru ahli masyarakat, keluarga, ibu bapa dan pemimpin agar memberi pengetahua­n lebih bermakna kepada kanak-kanak dan memelihara kebajikan dan hak mereka.

Seramai 309 kanak-kanak tabika daripada 37 Tabika Kemas Parlimen Lanang menerima sijil pada konvokesye­n itu.

Majlis berlangsun­g meriah diserikan dengan pelbagai persembaha­n kreatif kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Lanang.

Hadir sama Pegawai Kemas Sibu Napsiah Suhaili, Timbalan Pengerusi Pengelola ASP Mohamad Faizul Samsudin dan tetamu lain.

 ??  ?? MAURICE (dua kanan) menyampaik­an sijilkepad­asalahseor­angkanak-kanak tabika pada Majlis Konvokesye­n Mini Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Lanang 2017 di Sibu.
MAURICE (dua kanan) menyampaik­an sijilkepad­asalahseor­angkanak-kanak tabika pada Majlis Konvokesye­n Mini Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Lanang 2017 di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia