Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga kecil-kecilan disaran tingkat ekonomi, ceburi pelbagai perniagaan

-

KUCHING: Golongan peniaga kecil-kecilan terutama dari kawasan Satok disaran meningkatk­an ekonomi mereka dengan berniaga dalam pelbagai perniagaan.

Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dayang Madinah Tun Abang Openg berkata, banyak inisiatif dan program disediakan kerajaan dan agensi lain untuk membantu golongan terbabit menjana pendapatan.

“Salah satunya adalah menerusi penganjura­n program jualan garaj seperti ini yang dianjurkan Pemuda PBB Ranting Kampung Muda Hashim.

“Jadi, terpulangl­ah kepada anda untuk memanfaatk­an program ini mahupun program berbetuk lain dalam usaha meningkatk­an perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jualan Garaj 2017 yang diadakan mulai 28 Oktober di pekarangan Tempat Letak Kereta Bangunan RHB Bank, Jalan Kulas di sini, pada Ahad.

Sehubungan itu, Dayang Madinah memuji usaha yang dilakukan Pemuda PBB Ranting Kampung Muda Hashim untuk membantu golongan peniaga khasnya dari kawasan Kampung Muda Hashim menjual hasil produk mereka.

“Kita harap program ini akan diadakan setiap tahun malah mendapat sambutan penyertaan yang amat menggalakk­an bukan sahaja daripada golongan peniaga tetapi juga pengunjung dari luar kawasan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pemuda PBB Ranting Kampung Muda Hashim Dzamaluddi­n Zainuddin yang ditemui berkata, program itu merupakan anjuran tahunan parti itu sejak 2015.

“Untuk tahun ini, kami menerima seramai 150 penyertaan daripada peniaga kecil-kecilan dari kawasan Satok dan berhampira­n. Ia jelas menunjukka­n penyertaan kali ini sememangny­a menggalakk­an,” katanya.

Justeru, beliau berharap golongan peniaga terbabit akan memanfaatk­an program disediakan dengan sebaik mungkin.

 ??  ?? DAYANG MADINAH menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pada Jualan Garaj 2017 di Kuching.
DAYANG MADINAH menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pada Jualan Garaj 2017 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia