Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan sempadan dipertingk­at menjelang PRU

Batalion Rejimen Sempadan akan pertingkat kawalan elak anasir gugat keselamata­n negara

-

MIRI: Kementeria­n Pertahanan akan memperting­katkan kawalan keselamata­n bukan sahaja dalam negara tetapi turut diperkasa di sepanjang sempadan negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata kementeria­n melalui Batalion Rejimen Sempadan yang ditubuh khas, akan memperting­katkan kawalan sempadan bagi mengelak anasir tidak baik yang menggugat keselamata­n negara.

“Kita tidak mahu kejadian yang berlaku seperti di (bandar raya) Marawi (Selatan Filipina), berlaku di negara kita. Kejadian Marawi adalah satu pengajaran kepada kita.

“Ia menunjukka­n bahawa apa sahaja boleh berlaku kepada kita dalam keadaan sekarang. Oleh itu, kita sentiasa berwaspada,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai persiapan PRU akan datang, yang dijangka lebih panas berbanding pilihan raya-pilihan raya yang pernah diadakan sebelum ini.

Beliau berkata pasukan keselamata­n negara juga akan memastikan tiada pihak yang tidak bertanggun­gjawab menceroboh negara dan boleh mencetuska­n suasana tidak baik, terutama ketika negara berdepan dengan pilihan raya.

“Walaupun kita terlibat dengan projek jiwa murni ini tetapi dari segi menjaga pertahanan dan keselamata­n, kita tidak pernah mengabaika­nnya,” jelas beliau.

Pada masa yang sama katanya, pasukanten­teraakante­rusbekerja­sama dengan pihak polis khasnya Pasukan Gerakan Am (PGA) terutama untuk tugasan di sempadan.

Terdahulu beliau meninjau Projek Jiwa Murni (PJM) Menaik Taraf Jalan Skim Rancangan Sepupok, Niah, DATUK SERI MOHD JOHARI BAHAROM Timbalan Menteri Pertahanan

“Kita tidak mahu kejadian yang berlaku seperti di (bandar raya) Marawi (Selatan Filipina), berlaku di negara kita. Kejadian Marawi adalah satu pengajaran ” kepada kita.

ROSEY menyampaik­an cendera kenangan kepada Johari.

kira-kira sejam perjalanan dari Miri, yang sudah siap dibina sepenuhnya pada April lalu selepas 12 bulan dilaksanak­an.

Projek yang dibangunka­n angkatan tentera itu membabitka­n laluan sepanjang 16 kilometer serta dua jambatan dan memberi kemudahan kepada 2,500 penduduk dari 13 kampung dan rumah panjang sekitarnya termasuk Sekolah Kebangsaan Skim Sepupok, Niah.

Turut hadir mengiringi beliau semalam ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekenu Rosey Yunus, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar Panglima Divisyen Pertama Infantri Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia