Utusan Borneo (Sabah)

Sivasangar­i sasar 40 terbaik

Menjelang akhir tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy remaja kebangsaan, S. Sivasangar­i bertekad untuk berada dalam kelompok 40 pemain terbaik dunia dalam Ranking Dunia Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA) menjelang hujung tahun ini.

Pemain kelahiran Kedah berusia 18 tahun itu yang kini berada di ranking ke-47 dunia, yakin sasaran tersebut mampu dicapai jika beliau dapat mengekalka­n prestasi baiknya pada tiga kejohanan akan datang.

Kejohanan berkenaan adalah Terbuka Australia dari 14-18 Nov, Kejohanan Antarabang­sa CAS di Islamabad, Pakistan (17-22 Dis) dan Terbuka Remaja British 2018 dari 3-7 Jan.

“Bukan mudah meraih keputusan yang baik dalam kesemua kejohanan itu kerana banyak pemain terbaik turut beraksi, namun saya akan mempamerka­n prestasi terbaik pada setiap kejohanan bagi memperbaik­i kedudukan dalamranki­ngdunia,”katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan CIMB di sini pada Isnin.

Mengenai prestasiny­a secara keseluruha­n musim ini, Sivansagar­i ternyata sangat berpuas hati dengan pencapaian­nya itu, namun berazam meraih kejayaan lebih cemerlang apabila bergelar pemain skuasy sepenuh masa, tahun depan.

Sivasangar­i menikmati musim yang cemerlang tahun inidenganm­erangkulpe­lbagai gelaran termasuk membantu pasukan negara meraih pingat perak pada Kejohanan Berpasukan Remaja Dunia di New Zealand, Julai lepas; memenangi dua pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lepas; serta meraih dua kejuaraan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) bulan lepas, selain muncul juara Terbuka Malaysia, minggu lepas.

“Saya baru menamatkan pengajian A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar pada Ogos lepas, jadi ia memberi kelegaan untuk memberi tumpuan terhadap persiapan saya menghadapi kejohanan akan datang.

“Semoga tahun depan menjadi tahun lebih baik bagi saya meraih banyak lagi kejayaan dan berada dalam kelompok 10 terbaik pada masa akan datang,” kata Sivasangar­i sambil mengucapka­n terima kasih kepada Yayasan CIMB yang sentiasa memberi sokongan untuk pembanguna­n bakat skuasy di negara ini.

Pada majlis itu juga, Yayasan CIMB melancarka­n loga baharu dan slogan ‘Memperkasa Komuniti, Mengubah Kehidupan’ sempena ulang tahun ke-10 yayasan berkenaan.

Sejak ditubuhkan pada 2007, Yayasan CIMB sudah mengagihka­n lebih RM100 juta melalui 962 inisiatif dengan memberi manfaat kepada 700,000 individu di seluruh rantau ASEAN dalam tiga kategori utama – pembanguna­n masyarakat, pendidikan dan sukan. Bernama

“Bukan mudah meraih keputusan yang baik dalam kesemua kejohanan itu kerana banyak pemain terbaik turut beraksi, namun saya akan mempamerka­n prestasi terbaik pada setiap kejohanan bagi memperbaik­i kedudukan dalam ranking ” dunia. S. SIVASANGAR­I Pemain skuasy remaja kebangsaan

 ??  ?? SIVASANGAR­I
SIVASANGAR­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia