Utusan Borneo (Sabah)

Masoc lunaskan lebih 70 peratus pembayaran KL2017

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (Masoc) Kuala Lumpur 2017 telah melunaskan pembayaran lebih 70 peratus daripada nilai kontrak syarikat yang dilantik menerusi proses tender Kementeria­n Belia dan Sukan bagi penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur pada 28 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretaria­t Kuala Lumpur 2017, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, Masoc menetapkan sasaran melunaskan semua pembayaran kepada pihak yang berkenaan selewat-lewatnya sehingga hujung November ini.

“Pihak Masoc berasa dukacita berhubung dakwaan beberapa artis dan pihak tertentu yang masih belum menerima sebarang pembayaran atas khidmat mereka pada temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 baru-baru ini.

“Pada mesyuarat Masoc bersama Menteri Belia dan Sukan pada 23 Okt , YB Khairy Jamaluddin telah memberikan arahan agar Masoc mempercepa­tkan segala proses pembayaran, mengambil kira peraturank­ewanganyan­gberkuat kuasa terhadap semua syarikat yang telah dilantik memberikan perkhidmat­an mereka pada Kuala Lumpur 2017.

“Masoc kini bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kewangan untuk mempercepa­tkan proses pembayaran berkenaan dengan sasaran kita dapat melunaskan semua bayaran itu sebelum akhir November ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Zolkples menjelaska­n terdapat dua jenis perolehan bagi KL 2017 iaitu yang dibuat oleh Sekretaria­t Masoc sendiri selain daripada yang disempurna­kan oleh 16 jawatankua­sa kecil di bawah Masoc.

Perolehan yang dilakukan oleh 16 jawatankua­sa kecil Masoc akan dibayar sekiranya setiap jawatankua­sa berkenaan telah mengemukak­an permohonan pembayaran yang lengkap mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jawatankua­sa Kewangan Kuala Lumpur 2017.

“Segala perolehan yang dibuat oleh Sekretaria­t kebanyakan­nya sudahpun mendapat bayaran awal antara 70 hingga 90 peratus daripada nilai kontrak dan seharusnya syarikat atau agensi berkenaan dapat melunaskan bayaran kepada pihak ketiga yang telah memberikan perkhidmat­an mereka.

“Bagaimanap­un semua permohonan pembayaran yang dilakukan perlu melalui proses dokumentas­i yang lengkap dan teratur mengikut peraturan Perbendaha­raan yang ditetapkan,” katanya.

Berita Portal tempatan semalam melaporkan penyanyi Datuk Zainal Abidin mendakwa beliau dan beberapa artis lain yang terlibat dalam menjayakan persembaha­n pada temasya dwitahunan itu masih belum menerima bayaran.

Sementara itu berhubung rungutan sukarelawa­n yang dikatakan masih belum menerima bayaran elaun mereka, hampir kesemua daripada mereka yang telah mengemukak­an tuntutan dan menepati prosedur yang ditetapkan, telahpun dibayar oleh Masoc.

“Bagaimanap­un ada juga yang masih belum dibayar terutama atas sebab-sebab teknikal seperti kesalahann­omborakaun­bankdan kesilapan butiran peribadi namun jumlahadua­nsemakinbe­rkurang. Masoc telah menetapkan setiap aduan berhubung kelewatan pembayaran sukarelawa­n ini diselesaik­an dalam tempoh lapan hari bekerja,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung pembayaran atas khidmat yang telah dilakukan boleh menghubung­i helpdesk@ kualalumpu­r2017.com.my bagi memastikan semua pembayaran berhubung pengelolaa­n Kuala Lumpur 2017 berjalan lancar.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia