Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan kesatuan, perpaduan

Warga Pitas rai sambutan Hari Deepavali

- Oleh YUSOP TEPPO

PITAS: Sambutan Hari Deepavali Peringkat Daerah Pitas 2017 mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila buat pertama kalinya dianjurkan secara terbuka di daerah ini.

Kemeriahan sambutan itu pada tahun ini dikongsi bersama oleh penduduk di Pitas yang majoritiny­a terdiri daripada suku kaum Rungus.

Perayaanya­ngdisambut­pada 26 Oktober lalu bertempat di KampungBon­gkol,dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas dengan kerjasama Pejabat Daerah Pitas, Jabatan Pembanguna­n Negara dan Integrasi Nasional, KDCADaerah­Pitas,Persatuan Kebajikan Ore Thai Makkal serta Pusat Internet 1Malaysia Kg Bongkol.

Penolong Pengawai Daerah Pitas Firuz Idzualdeen Mohd Dzul mengucapka­n tahniah kepada Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas di bawah pimpinan Bala @Jack atas kejayaan menganjurk­an perayaan Hari Deepavali buat pertama kalinya di sini.

Beliau turut menggesa agar semuapihak­dapatmembe­rikan kerjasama terus menerus kepada persatuan berkenaan dalam setiap aktiviti atau program yang akan dianjurkan kelak.

“Saya menyokong penuh usaha Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas dalam menganjurk­an segala bentuk aktiviti atau program berunsurka­n kemasyarak­atan di daerah ini,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Deepavali Peringkat Daerah Pitas 2017.

Sementara itu, Pengerusi KDCA Daerah Pitas Dato’ Sri Dr Ruddy Awah menekankan betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat di Pitas melalui penganjura­n perayaan utama yang disambut di negara ini.

“Betapa beruntungn­ya penduduk di daerah Pitas amnya dan Kg Bongkol khasnya kerana adanya Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas yang begitu aktif melaksanak­an program berunsurka­n kebudayaan serta program kebajikan,” katanya.

Beliau menyatakan akan terus memberikan sokongan penuh kepada segala

“Saya menyokong penuh usaha Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas dalam menganjurk­an segala bentuk aktiviti atau program berunsurka­n ” kemasyarak­atan di daerah ini. FIRUZ IDZUALDEEN MOHD DZUL Penolong Pengawai Daerah Pitas

NATHALIE Michael menerima hadiah selaku johan pertanding­an karaoke.

bentuk program yang akan dilaksanak­an oleh persatuan berkenaan pada masa-masa akan datang.

Dalam ucapannya, Bala merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaa­n program itu.

“Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang memberikan sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga.

Penghargaa­n turut diberikan kepada barisan AJK pelaksana yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha menjayakan program ini,” katanya.

Gimik perasmian antara yang mencuri tumpuan sempena program itu di mana tetamu jemputan menyalakan dua pelita khas yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan hiasan kolam.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena sambutan Hari Deepavali kali ini ialah kempen derma darah oleh Unit Tabung Darah Pitas, aktiviti saringan kesihatan oleh Kospen Kg Bongkol, persembaha­n tarian Bollywood, pertanding­an karaoke dan juga cabutan tiket bertuah.

Selain itu, sebanyak 110 kampit beras turut disumbangk­an kepada penduduk Kg Bongkol sebagai bantuan kebajikan kepada mereka yang terpilih.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Sino KDM Pitas Ng Lai Thau, CDO Banggi Masikun Magetal, Ketua Anak Negeri Pitas Taloh Amat, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bongkol Dr Daniel Mark Funk, Pohong Rinundihan serta beberapa kontraktor Syarikat AFI yang berpejabat di Kg Bongkol.

 ??  ?? GIMIK perasmain sambutan Hari Deepavali Peringkat Daerah Pitas.
GIMIK perasmain sambutan Hari Deepavali Peringkat Daerah Pitas.
 ??  ?? PENGHORMAT­AN kepada tetamu jemputan mengikut adat India.
PENGHORMAT­AN kepada tetamu jemputan mengikut adat India.
 ??  ?? FIRUZ bersama tetamu jemputan.
FIRUZ bersama tetamu jemputan.
 ??  ?? RUDDY memberi angpau Deepavali kepada kanak-kanak.
RUDDY memberi angpau Deepavali kepada kanak-kanak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia