Utusan Borneo (Sabah)

Pergiat penanaman durian musang king

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Para pekebun buah-buahan tempatan di daerah ini disaran supaya mempergiat­kan penanaman pokok durian musang king.

Ia kerana, harga jenis durian berkenaan semakin tinggi iaitu dari RM80 sehingga ratusan ringgit sekilogram, kata Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar).

Beliau berkata, selain menanam pokok buahbuahan tempatan yang lain, para pekebun perlu menanam pokok durian yang buahnya bernilai tinggi dan mampu menjana pendapatan lebih lumayan.

“Justeru, saya menyeru kepada para pekebun yang memiliki tanah terbiar supaya mengusahak­anya dengan tanaman durian dan kalau boleh, perbanyakk­anlah menanam durian musang king untuk meraih pendapatan lumayan.

“Buah itu sudah terkenal dengan kelazatan, aroma dan rasanya yang manis,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kuih Bulan anjuran Persatuan Hakka dan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau.

Beliau yang juga Adun Karanaan berkata kebun durian musang king juga boleh dijadikan lokasi pelanconga­n bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat pokok durian musang king.

“Pekebun yang ada keinginan untuk maju boleh menghubung­i jabatan berkaitan untuk mendapatka­n kemudahan perkhidmat­an kepakaran atau khidmat nasihat serta bimbingan bagi mengusahak­an kebun durian, sekali gus menjadi seorang pekebun yang berjaya dan boleh dicontohi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia