Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan pembangkan­g tidak dipinggir

Pembanguna­n tetap dibawa kerajaan BN demi rakyat

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata, pembanguna­n akan tetap dibawa dalam kawasan yang dikuasai pembangkan­g pada pilihan raya yang lalu.

Katanya, tiada kawasan atau kampung yang dipinggirk­an dalam arus pembanguna­n di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya di kawasan Paginatan walaupun sebahagian pengundiny­a menolak BN.

“Selaku wakil rakyat kawasan ini, saya tidak pernah melabelkan manamana kampung sebagai ‘kawasan hitam’ sekali gus menidakkan hak untuk menikmati pelbagai bentuk bantuan serta kemudahan daripada kerajaan.

“Barisan Nasional bukan parti yang kejam malah lebih fleksibel dalam membela nasib rakyat termasuk kawasan yang dimenangi pembangkan­g,” katanya.

Beliau yang juga Adun

KETIBAAN Siringan disambut mesra oleh penduduk Kg Narawang.

Paginatan berkata demikian ketika berucap merasmikan Dewan Mini Kampung Narawang di sini pada Jumaat.

Siringan berkata, agihan peruntukan­kesetiapka­mpung dalam DUN Paginatan termasuk kawasan yang kalah tetap diberi perhatian.

“Walaupun agihan peruntukan melibatkan pembanguna­n infrastruk­tur asas serta kemudahan lain kadang-kadanglamb­atsampai tetapi hakikatnya ada dan akhirnya dinikmati rakyat, khususnya penduduk dalam satu-satu kawasan tanpa mengira fahaman politik,” jelasnya.

Justeru, beliau mengajak rakyat terutama mereka yang masih taksub dengan parti pembangkan­g agar menimbang semula dan menilai kebaikan serta ketulusan kerajaan BN yang selama ini berkorban membela nasib rakyat.

Katanya, pembangkan­g hanya tahu mengadu domba tetapi tidak berupaya membawa apa-apa perubahan termasuk pembanguna­n

“Selaku wakil rakyat kawasan ini, saya tidak pernah melabelkan mana-mana kampung sebagai ‘kawasan hitam’ sekali gus menidakkan hak untuk menikmati pelbagai bentuk bantuan serta kemudahan daripada ” kerajaan. DATUK SIRINGAN GUBAT Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

sebaliknya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu melakukann­ya dan telah terbukti semenjak parti itu memerintah dan mentadbir negara selama ini.

Pada majlis itu, Siringan turut menyampaik­an sumbangan berupa barangan makan kepada 30 penerima terdiri warga emas dan ibu tinggal di kampung itu.

Sumbangan serupa turut diagihkan kepada 30 penerima di Kampung Silad dalam majlis berasingan yang diwakili Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Politik James Ingguru, Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamuddi­n Harun dan Pengerusi JKKK Narawang Nashion Abidi.

 ??  ?? SIRINGAN menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada salah seorang penduduk Kg Narawang.
SIRINGAN menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada salah seorang penduduk Kg Narawang.
 ??  ?? SIRINGAN mengetuai laungan ‘Sayang Sabah’ bersama jemputan lain serta penduduk Kg Narawang.
SIRINGAN mengetuai laungan ‘Sayang Sabah’ bersama jemputan lain serta penduduk Kg Narawang.
 ??  ?? SIRINGAN menandatan­gani plak sebagai gimik perasmian bangunan Dewan Mini Kg Narawang.
SIRINGAN menandatan­gani plak sebagai gimik perasmian bangunan Dewan Mini Kg Narawang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia