Utusan Borneo (Sabah)

Sheikh Tamim terima campur tangan Trump

AS mahu anjur pertemuan bagi membincang­kan penyelesai­an krisis diplomatik Teluk

- — Gambar AFP

DOHA: Pemerintah Qatar menyatakan beliau telah bersedia bagi rundingan secara langsung yang dihoskan Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan menyelesai­kan krisis diplomatik Teluk setakat ini, namun masih belum mendengar respons terhadapje­mputanPres­iden AS Donald Trump kepada empat negara Arab yang memboikot Doha.

Bercakap kepada badan penyiaran AS CBS News, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani menyatakan beliau inginkan penamat kepada perbalahan itu yang meletus pada 5 Jun, melibatkan Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir menentang Qatar.

“Tiada apa-apa yang akan mengatasi maruah, kedaulatan kami.

“Namun kami ingin ia ditamatkan, saya sering menyatakan sebegitu,” beliau memberitah­u program ‘60 Minutes’ dalam temu bual yang disiarkan kelmarin.

“Sekiranya mereka hendak bergerak satu meter ke arah saya, saya sanggup berjalan sejauh 10,000 batu bersama mereka,” kata beliau.

Empat negara itu memutuskan hubungan diplomatik, pengangkut­an dan dagangan dengan Qatar, penjual utama dunia gas asli cecair, atas alasan ia membiayai keganasan.

Doha menafikan sekerasker­asnya tuduhan itu.

Perbalahan tersebut memberikan kesan kepada pengimport­an makanan dan perjalanan serta menambahka­n lagi ketegangan di sebuah wilayah kaya yang memainkan peranan penting dalam pasaran tenaga global termasuk acara di sekitar Timur Tengah.

Kelmarin, menteri luar Bahrain menyeru pembekuan keanggotaa­n Qatar dari Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi menge-kalkan perpaduann­ya, sambil menambah bahawa Bahrain tidak akan menghadiri persidanga­n GCC yang akan datang sekiranya Qatar tidak mengubah pendiriann­ya.

Qatar menjadi tuan rumah pangkalan udara Al Udeid, fasiliti tentera AS yang terbesar di Timur Tengah.

Sheikh Tamim menyatakan Trump telah memberitah­u beliau: “Saya tidak dapat menerima rakan-rakan saya berbalah sesama sendiri.”

Dalam rundingan pada masa lain ketika mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September lalu, beliau telah membuat tawaran untuk menjadi tuan rumah rundingan di AS.

“Saya berterus terang dengan beliau, ‘Tuan Presiden, kami telah bersedia. Saya telah meminta dialog sejak hari pertama,” menurut Sheikh Tamim sambil menambah bahawa mesyuarat itu sepatutnya dilakukan secepat mungkin tetapi sehingga kini beliau tidak mendengar respons daripada negara lain.

Trump, yang menyatakan beliau sanggup berunding dalam perbalahan itu, menyatakan pada September lalu beliau amat percaya krisis tersebut akan diselesaik­an dengan pantas sekali.

Pada awal September, Arab Saudi menolak sebarang dialog dengan Qatar dan menuduhnya mengubah fakta, hanya selepas satu laporan mengenai panggilan telefon di antara pemimpin keduadua negara yang mencadangk­an jalan penyelesai­an dalam perbalahan.

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah bercakap melalui panggilan telefon dengan Emir Qatar pada 8 September dalam hubungan pertama dilaporkan secara umum di antara kedua-dua pemimpin sejak krisis itu dan tiada hubungan selanjutny­a dilaporkan selepas itu.

Dalam temu bual dengan CBS, Sheikh Tamim mengulas bahawa Qatar tidak akan menutup rangkaian televisyen Al Jazeera yang berpusat di Doha, seperti mana yang dituntut empat negara yang menuduh badan penyiaran itu bersikap berat sebelah dan campur tangan dalam urusan mereka.

Al Jazeera menyatakan ia adalah satu perkhidmat­an berita bebas yang menjadi suara rakyat di wilayah itu.

Sheikh Tamim turut menya-takan beliau bimbangkan situasi wilayah sekiranya mana–mana tindakan ketenteraa­n dibuat sebagai sebahagian daripada krisis.

“Saya bimbang sekiranya sesuatu atau mana-mana tindakan ketenteraa­n berlaku, wilayah ini akan bergeluman­g dalam ketegangan,” jelas beliau. — Reuters

 ??  ?? GAMBAR serahan Agensi Berita Qatar pada 25 Oktober lalu menunjukka­n Sheikh Tamim menerima kunjungan daripada Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu di Doha.
GAMBAR serahan Agensi Berita Qatar pada 25 Oktober lalu menunjukka­n Sheikh Tamim menerima kunjungan daripada Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia