Utusan Borneo (Sabah)

Ketua NATO gelar Korea Utara ‘ancaman global’

-

TOKYO: Ketua NATO Jens Stoltenber­g telah menggelar Korea Utara sebagai satu ancaman global semalam dan menyatakan beliau menyokong sekatan lebih ketat semasa satu kunjungan ke Jepun, yang telah menjadi sasaran provokasi Pyongyang.

Stoltenber­g berada di Tokyo untuk menemui Perdana Menteri Shinzo Abe dan pegawai kanan lain termasuk menteri pertahanan Itsunori Onodera pada lewat hari tersebut.

“Kami berasa bimbang seperti anda juga mengenai provokasi, sikap sombong dari Korea Utara,” kata beliau dalam satu ucapan kepada sekumpulan pakar keselamata­n dan pegawai pertahanan.

“Keadaan ini amat berbahaya, ia memberikan ancaman secara langsung kepada negara-negara di wilayah ini (termasuk) Jepun, malah ia juga telah menjadi ancaman global,” tambah beliau.

Pyongyang telah menimbulka­n amaran global sejak beberapa bulan ini dengan melakukan ujian nuklear keenamnya dan ujian pelancaran misil yang berkemampu­an untuk sampai ke tanah besar AS, sementara presiden AS Donald Trump dan pemerintah muda Utara, Kim Jong-Un telah berbalas ugutan peperangan dan katakata penghinaan peribadi.

Ia telah menembak dua peluru berpandu ke utara Jepun dalam masa kurang dari sebulan, menimbulka­n amaran di Tokyo ketika Abe meminta bagi satu pendekatan yang menyeluruh terhadap Pyongyang.

“NATO menyokong sepenuhnya bagi tekanan politik, diplomatik dan ekonomi terhadap Korea Utara dan kami menyambut baik untuk memperketa­tkan lagi sekatan yang dilaksanak­an oleh Majlis Keselamata­n PBB pada September,” menurut Stoltenber­g.

“Namun yang lebih penting, kami perlu untuk memastikan bahawa sekatan adalah sepenuhnya dan dilaksanak­an secara telus,” tambah beliau.

Kunjungan Stoltenber­g muncul selepas Abe bertemu dengan beliau di Brussels pada Julai lepas bagi mempersetu­jui kerjasama untuk perkukuhka­n kerjasama keselamata­n.

“Kita mengetahui bahawa (misil Korea Utara) mencapai peringkat hingga ke pantai barat di Amerika Syarikat dan jarak mencecah kebanyakan dari Eropah,” kata beliau semalam.

Namun ketua NATO itu memberikan amaran pada bulan ini bahawa tindakan ketenteraa­n terhadap Pyongyang akan mempunyai “kesan yang buruk”, selepas Trump menyatakan usaha diplomatik telah gagal.

Stoltenber­g telah menegaskan bahawa Washington mempunyai hak untuk mempertaha­nkan dirinya sendiri dan sekutunya namun menyeru bagi usaha diplomatik yang lebih besar.

“Kami tidak perlu untuk menggunaka­n kuasa ketenteraa­n, resolusi damai adalah sasarannya,” kata beliau semalam. — AFP

 ??  ?? STOLTENBER­G (empat kiri) bertemu Kono (dua kanan) serta para pegawai lain di Rumah Tamu Iikura di Tokyo, semalam. — Gambar AFP
STOLTENBER­G (empat kiri) bertemu Kono (dua kanan) serta para pegawai lain di Rumah Tamu Iikura di Tokyo, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia