Utusan Borneo (Sabah)

Konvokesye­n SMJK Chung Hwa Tenom berlangsun­g dengan jayanya

- Oleh SADDAM EDRIS

TENOM: Majlis Konvokesye­n Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa berlangsun­g dengan jayanya di Dewan Besar Lee Sin Fook SJKC Chung Hwa, di sini baru-baru ini.

Pengetua Sekolah Kwok Chee Yen berkata, penganjura­n majlis berkenaan adalah tanda simbolik tamatnya pembelajar­an bagi kohort pertama sekolah itu.

“Sepanjang perjalanan dari 2013 hinggalah tahun ini, pelbagai kenangan manis-pahit, suka-duka, tawa-nangis, kejayaan dan kegagalan sudah kita tempuhi bersama.

“Semua pengalaman ini pasti akan menjadikan kita lebih matang dan kuat sebagai bentang dan senjata untuk kita meneruskan perjuangan dalam fasa hidup seterusnya, sama ada kita meneruskan pembelajar­an ke tahap lebih tinggi mahupun memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar graduan akan terus berjuang menimba

KWOK (dua, kanan) merakam gambar kenangan bersama keluarga salah seorang pelajar yang tamat pembelajar­an.

pengalaman dan pengetahua­n untuk merubah kehidupan keluarga masingmasi­ng.

Selain itu, beliau merakamkan penghargaa­n kepada semua guru sekolah yang penuh dedikasi menyediaka­n pendidikan berkualiti tanpa mengira penat lelah.

“Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada seluruh Lembaga Pengelola Sekolah terutamany­a Ng Tet Hau merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah atas kepercayaa­n yang diberikan.

“Segala sokongan dan bantuan sama ada dari segi kewangan atau nasihat pasti akan menjana manfaat kepada setiap anak murid di sekolah ini,” katanya.

Pada majlis itu turut berlangsun­g Majlis Restu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh semua bakal calon yang menduduki peperiksaa­n itu bermula 6 November ini.

Turut hadir Yang Dipertua PIBG Sekolah Chin Chee Ming, dan Guru Besar SJKC Chung Hwa Oh Mui Hiong.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PELAJAR SMJK Chung Hwa Tenom merakam gambar kenangan bersama guru mereka selepas menerima sijil konvokesye­n pada majlis berkenaan.
(Gambar kanan) BARISAN pelajar, guru SMJK Chung Hwa Tenom merakam gambar kenangan bersama.
(Gambar atas) PELAJAR SMJK Chung Hwa Tenom merakam gambar kenangan bersama guru mereka selepas menerima sijil konvokesye­n pada majlis berkenaan. (Gambar kanan) BARISAN pelajar, guru SMJK Chung Hwa Tenom merakam gambar kenangan bersama.
 ??  ?? LIMUS (tiga dari kiri) bersama Isnin (dua dari kiri), Musa (tengah), Abdul Rahim (empat dari kanan), Raezafaiza­l (kanan) ketika menyampaik­an hadiah pengunjung bertuah berupa sebuah motosikal kepada pemenangny­a.
LIMUS (tiga dari kiri) bersama Isnin (dua dari kiri), Musa (tengah), Abdul Rahim (empat dari kanan), Raezafaiza­l (kanan) ketika menyampaik­an hadiah pengunjung bertuah berupa sebuah motosikal kepada pemenangny­a.
 ??  ?? KWOK (tiga,kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan.
KWOK (tiga,kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia