Utusan Borneo (Sabah)

CFM: 3,518 aduan berkaitan masalah komunikasi, multimedia diterima

-

SHAH ALAM: Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima 3,518 aduan berkaitan masalah komunikasi dan multimedia di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

Timbalan pengerusin­ya Azizan Mohd Afandi berkata aduan mengenai bil dan caj adalah aduan yang paling banyak diterima pihaknya sepanjang tempoh itu iaitu 1,229 aduan.

Dalam tempoh itu juga, CFM turut merekodkan aduan kualiti liputan kurang memuaskan (990), kualiti perkhidmat­an kurang memuaskan (578), amalan tidak adil (189) dan promosi tidak benar iaitu 175 aduan.

Beliau berkata, kesemua aduan itu diterima menerusi pelbagai saluran iaitu portal aduan CFM, e-mel, talian hotline dan aplikasi mudah alih My Mobile Right.

“Daripada jumlah keseluruha­n aduan itu juga, CFM berjaya menyelesai­kan 2,463 aduan pengguna dalam tempoh kurang daripada 15 hari,” katanya selepas menghadiri program Karnival Komunikasi Massa 2017 (MCOc17) anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama CFM di sini, kelmarin.

“Aduan pengguna juga menunjukka­n peningkata­n setiap tahun dan ia menunjukka­n kesedaran pengguna akan kepentinga­n membuat aduan secara rasmi daripada sekadar membuat rungutan dalam media sosial yang mungkin tidak memberikan impak ketara kepada perubahan perkhidmat­an komunikasi dan multimedia di negara ini,” kata Azizan.

Mengulas mengenai karnival tiga hari yang bermula semalam itu Azizan berkata program yang turut membabitka­n CFM itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya memahami isu dan cabaran baharu dalam dunia komunikasi hari ini.

“Golongan pelajar merupakan satu kumpulan kuasa pengguna dan antara kumpulan yang paling ramai menggunaka­n perkhidmat­an jaringan komunikasi dan internet.

“Melalui program seperti ini, CFM dapat menyampaik­an maklumat yang tepat kepada golongan sasaran agar mereka tahu kepentinga­n melaporkan aduan secara rasmi kepada agensi berkaitan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia