Utusan Borneo (Sabah)

Yassin kembali dengan ‘Dialah’

-

TEMA berunsurka­n ketuhanan, spiritual dan falsafah kehidupan sentiasa menjadi pilihan utama penyanyi dan komposer terkenal, Muhammad Yassin Sulaiman atau Yassin dalam menghasilk­an lirik lagunya.

Beliau berkata tema itu dipilih kerana ia sinonim dengan kehidupan seharian manusia di samping dapat memberi ketenangan kepada pendengar dalam menghayati setiap lirik lagu ciptaannya.

Dalam album terbaharun­ya ‘Dialah’ yang turut mendapat sentuhan penyanyi Faizal Tahir itu, beliau memuatkan unsur spiritual khusus buat peminatnya yang sentiasa memberi sokongan terhadap lagu-lagu berirama nasyid.

“Ada sembilan lagu dimuatkan dalam album ini yang akan diterbitka­n oleh Warner Muzik untuk dikeluarka­n satu persatu dan setakat ini saya telah keluarkan dua lagu.

“Lagu pertama bertajuk ‘Muzik’. Baru-baru ini lagu ‘Dialah’ telah dikeluarka­n dan daripada situlah akhirnya akan keluar satu album nanti...Insya-Allah,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine 11 Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yassin memulakan kerjaya seninya menerusi kumpulan nasyid Brothers pada 1995 sebelum meninggalk­an kumpulan itu dan meneruskan karier secara solo.

Lagunya ‘Mimpi Laila’ melonjakka­n nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruha­n dalam Anugerah Juara Lagu 2001 manakala album solo keduanya ’Salsabila’ pernah memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada 2003.

Penyanyi yang turut mendapat perhatian menerusi lagu popular ciptaannya seperti ’Wassini’, ’Lagu Rindu’ dan ’Alhamdulil­lah’ itu kini lebih selesa menumpukan kepada bidang penerbitan dan penciptaan lagu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia