Utusan Borneo (Sabah)

‘1, 2 Selfie’

Travelog agro bersama Farish Aziz di TV1

- tetamu Datuk Malek Nor.

Atlet Kebangsaan. Beliau telah memenangi beberapa pingat termasuk kategori ‘heavy weight’ iaitu 6 kali dalam pertanding­an di Asia, 2 kali dalam pertanding­an Universe dan 7 kali peringkat dunia.

Beliau adalah anak kepada seorang pegawai polis dan dibesarkan di Sri Gading. Walaupun pada masa muda beliau adalah seorang yang nakal tetapi apabila dewasa beliau berubah sehingga menjadi seorang ahli sukan dan pelakon yang berjaya.

Dalam ‘Legasi Sendayu Tinggi’ suntikan motivasi diberikan Rozita Ibrahim, pengasas syarikat Sendayu Tinggi. Sebelum menjadi seorang usahawan yang terkenal, beliau bekerja sebagai seorang penoreh getah di kawasan Felda di Pahang.

Keazaman untuk mengubah nasib telah mendorong beliau untuk berhijrah dari kawasan Felda dan berpindah ke Kuala Lumpur. Seterusnya, kepakaran beliau dalam bidang herba, membolehka­n beliau menceburi dalam pembuatan produk kosmetik herba serta ubat dan minuman herba dan seterusnya beliau menubuhkan syarikat Sendayu Tinggi.

Episod ‘Satu Anugerah’ mengisahka­n Hasan Suyut, ahli perniagaan yang pernah mengabaika­n keluargany­a. Tetapi selepas kelahiran anak yang keempat mengidap celebral palsy beliau berubah. Hasan bersungguh menguruska­n rawatan perubatan anaknya ke negara China dan Amerika Syarikat. Dia berkongsi pengalaman berharga perjalanan hidupnya dalam sebuah buku dengan harapan ianya menjadi sumber inspirasi kepada ibubapa lain. BUDAYA ‘selfie’ atau swafoto sekarang menjadi trend dan gaya terkini dalam kalangan remaja mahu pun sesiapa sahaja. Swafoto dianggap sebagai cara mengabadik­an momen-momen tertentu untuk dikenang sepanjang hayat. Ramai orang beranggapa­n swafoto dapat membangkit­kan semangat untuk diri sendiri dan membentuk keyakinan diri.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba menggunaka­n platform swafoto membawakan program terbaharu bertajuk ‘1, 2 Selfie’ berkonsepk­an travelog cuti-cuti agro yang berkongsi pengalaman hos menjelajah ke seluruh negara melakukan aktiviti swafoto khasnya, belajar memasak dan menikmati makanan tempatan, belajar membuat kraf tangan, juga menambah pengetahua­n dan pengalaman semasa bercuti.

Mengisi slot Santai di TV1 setiap Sabtu, jam 2.30 petang, program 13 episod ini menampilka­n hos Farish Aziz bercuti dan berkongsi tarikan agro di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara antaranya ke Pulau Aman (Pulau Pinang), Nenasi, Janda Baik (Pahang), Kuala Pilah (Negeri Sembilan), Hutan Melintang, Lenggong (Perak), Sekinchan, Batu Arang, Rawang, Ijok, Sepang (Selangor), dan Alor Gajah (Melaka).

Farish Aziz memulakan travelog ke Pulau Aman, Pulau Pinang dan tarikan agro di Pulau ini ialah makanan tradisiona­l, kraf tangan siput laut dan Pokok Sukun Tertua berusia lebih seratus tahun. Kemudian terus ke Tasek Gelugor meneroka ladang PERDA Ventures.

Terdapat ternakan ayam piru dan kambing. Di ladang sayur PERDA Veggie, Ara Kuda terdapat pelbagai sayuran dan buah-buahan. Destinasi terakhir ialah Sangkar Ikan GST di Pulau Aman melihat ikan-ikan laut yang diternak bagi pasaran Malaysia dan luar negara.

Dalam episod berikutnya Farish ke Nenasi, Pahang yang terkenal dengan aktiviti nelayan. Destinasi pertama di Pantai Badung mengikut nelayan menangkap ketam di laut. Farish juga berkesempa­tan mengunjung­i tempat perusahaan keropok di Kampung Nenasi Pantai. Masyarakat Orang Asli di Nenasi rajin berniaga di mana mereka menjual lokan, belangkas dan ketam nipah. Mereka juga merupakan pembuat papan pemotong yang mahir.

Seterusnya kunjungan ke Juasseh Agro Park, Negeri Sembilan dikenali sebagai ‘NS Diary Farm’ melawat ladang lembu susu dan Boden Farm iaitu ladang kambing, lebah dan tanaman. Pengalaman di sini sangat menarik kerana pemandanga­nnya yang hijau dengan padang ragut yang luas dan bersih. Akhir sekali, Farish membawa menyaksika­n rakaman di ladang kelapa dan juga dapat mengenali bagaimana landak dibiakkan bagi tujuan komersial.

Perkongsia­n Farish tambah mengujakan meneroka tempat-tempat agro di Negeri Perak. Destinasi pertama ialah di Pusat Komoditi Kelapa, Hutan Melintang merasai pengalaman membuat kelapa botak daripada kelapa jenis ‘pandan’.

Perjalanan diteruskan ke Lekir, tempat peraih udang galah dan ke Ladang Anggur Saloma. Selain daripada anggur, ladang ini juga menanam buah tin, kurma, epal dan sebagainya. Melengkapk­an kunjungan melawat ladang pembiakan cendawan di Ayer Tawar dan PATRO, Tanjung Tualang melihat pelbagai tanaman seperti cili, kunyit, misai kucing dan sebagainya.

Farish turut meneroka Selangor iaitu di Sekinchan dengan berjalan-jalan di sekitar sawah padi yang telah memasuki musim menanam. Farish berpeluang menaiki jentera khas untuk menanam padi, menggunaka­n mesin.

Seterusnya penonton dibawa ke ladang jagung dan ubi untuk melihat hasil tanaman yang telah tiba waktu untuk dituai. Sekincahan juga memberi kesempatan kepada penonton untuk melihat ladang jambu air La Familiar, yang mengeluark­an hasil yang banyak. Salah satu keistimewa­an Sekinchan ialah mentarang dan Farish bertuah dapat merasainya.

Tidak kurang menariknya masih di Selangor iaitu di Batu Arang, Rawang dan Ijok. Destinasi pertama ke ladang lembu HM Kasturi di TKPM Batu Arang. Lembulembu di sini adalah dari baka luar negara. Kemudian dia ke ladang nangka madu yang ditanam untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Destinasi seterusnya ialah di kebun Orkid, United Malaysian Orchids, Rawang. Di sini terdapat lebih 300 spesis orkid yang cantik. Menariknya ada orkid yang diberi nama VVIP.

Ada juga orkid yang ditanam di dalam bilik aircond. Destinasi terakhir ialah Taman Arnab Bukit Badong, Ijok. Keunikan tempat ini ialah mereka menawarkan ‘night petting zoo’ kepada pengunjung. Ada arnab untuk hiasan dan ada juga arnab pedaging diternak di sini.

Lokasi yang seterusnya dekat dengan penduduk ibu kota iaitu Sungai Merab, Dengkil dan Putrajaya. Kali ini Farish memulakan perjalanan ke NURALIS Agro Farm yang terletak di Sungai Merab yang merupakan tempat ternakan ayam kampung dan lokasi kursus penternaka­n ayam. Farish juga ke Goodtree Garden yang terletak di Bukit Dugang, Dengkil, tempat penternaka­n arnab pedaging dan arnab perhiasan yang diusahakan bagi tujuan komersial.

Destinasi terakhir ialah di Taman Warisan, Purajaya. Farish berpeluang melawat kawasan ladang dan merasai sendiri pengalaman membuat getah keping.

 ??  ?? BERSAMA
BERSAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia