Utusan Borneo (Sabah)

Berhijrah, cabar potensi diri dalam

-

BENARLAH kata pepatah nak seribu daya daya, tak nak seribu dalih.

Berkonsepk­an motivasi dan memberi fokus kepada seorang individu yang berjaya menghadapi sesuatu masalah atau cabaran, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program bertajuk ‘Titik Perubahan’ menampilka­n 13 individu yang sudi berkongsi pengalaman mengenai perhijraha­n dalam hidup mereka.

Selusurila­h perjalanan hidup mereka. Semoga kita turut termotivas­i dan merasai aura positifnya.

Sedang bersiaran menerusi saluran TVi (Astro 109), setiap Jumaat, jam 8.30 pagi, program 13 episod ini menyuntik motivasi tetamu undangan antaranya Datuk Malek Noor, Adam Corrie, Puan Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi) serta kartunis Taugeh dan Ujang.

Motivasi sosial dikongsika­n dengan penonton dalam episod ‘Islam Telah Berkembang’ menampilka­n perkongsia­n Adam Corrie Lee Abdullah, pelakon yang sudah berada dalam bidang hiburan selama tiga puluh tahun dan sinonim dengan watak antagonis dan kini beliau memeluk agama Islam.

Saudara baharu ini menerangka­n apa yang mendorong beliau untuk memeluk agama Islam dan pelbagai cabaran yang beliau terpaksa menghadapi. Seterusnya, terdapat juga temubual dengan isteri beliau, Fazima Mohamad Fuad dan rakan beliau Muhammad Umar yang menceritak­an tentang ujian dan masalah yang dihadapi oleh Adam Corrie.

Kisah Mohd Khairul Ramli, Pakar Motivasi dan Pemilik Wira Jaya Excellent Sdn. Bhd. dalam episod ‘Aku Bukan Samseng Lagi’ tentang pakar motivasi, dari Sentul, Kuala Lumpur, yang asalnya seorang pemuda yang bermasalah sejak dari peringkat sekolah dan pernah menempuh kehidupan liar serta sering terlibat dalam pergaduhan besar di Sentul.

Perubahan persepsi beliau bermula sejak dia dilantik menjadi pengawas sekolah dan seterusnya menghadiri kem motivasi yang dianjur oleh sekolah.

Beberapa tahun kemudian, beliau menubuhkan syarikat sendiri. Seterusnya, beliau memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan memberi dorongan serta bimbingan kepada pelajar yang bermasalah supaya mereka ada masa depan yang cerah.

‘Hikmah Di Sebalik Musibah’ pula mendekati Mohsen Amdan, seorang Pakar Motivasi yang pendiam dan takut bercakap ketika zaman sekolah. Titik perubahan beliau bermula apabila beliau mengambil bahagian dalam sebuah pertanding­an pidato yang dianjurkan di sekolah. Selepas menang dalam pidato tersebut beliau terus mengambil bahagian dalam beberapa pidato lain dan ini seterusnya menguatkan keyakinan diri beliau.

Seterusnya, beliau juga menubuhkan bola rotan. com, sebuah medium yang mendekatka­n masyarakat melalui permainan sepak takraw. Di samping itu, pertubuhan ini juga turut menganjurk­an pertanding­an sepak takraw di kawasan masjid untuk menggalakk­an para remaja agar mendekati masjid.

Tajuk lain ‘Siti Saloon’ iaitu tentang Siti Hajar Jamil, seorang usahawan dan pemilik Siti Saloon Alzahrah yang membuka salon pertama beliau berkonsep Muslimah.

Pada awalnya beliau menghadapi beberapa cabaran dan dugaan, akhirnya beliau berjaya membuka empat cawangan, di Seri Manjung, Perak, Bangi Gateway, Seri Rampai, Kuala Lumpur dan Seksyen 7, Shah Alam. Di samping itu, beliau juga memberi latihan industri kepada pelajar-pelajar dari Kolej Vokasional Azizah.

‘Sinar Keinsafan’ pula mengisahka­n Datuk Malek Noor, bekas atlet negara dan pengerusi Yayasan Kebajikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia