Utusan Borneo (Sabah)

UMS, Universiti Wuyi meterai LOI, kongsi kepakaran akademik

UMS, Universiti Wuyi wujud meterai LOI

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Wuyi China mewujudkan laluan kerjasama dalam pelbagai kepakaran akademik melalui pemeteraia­n surat hasrat (LOI).

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata LOI berkenaan amat penting bagi menggalakk­an dan memupuk pembanguna­n jangka panjang kedua-dua institusi.

Katanya kerjasama yang memberi manfaat kepada Universiti Wuyi dan UMS itu tepat pada masanya dalam usaha mereka mengembang­kan secara global dan mewujudkan platform serta peluang untuk penglibata­n antarabang­sa yang berkaitan.

“Saya berharap akan ada lebih banyak manfaat bagi kedua-dua pihak dalam pendidikan generasi muda kita.

“Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan atau One Belt One Road (Obor) untuk memupuk hubungan, kerjasama dan penglibata­n global sangat dialu-alukan oleh UMS memandangk­an keduadua institusi mempunyai persamaan dari segi geografi, nilai budaya dan aspirasi pendidikan yang serupa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani LOI antara UMS dan Universiti Wuyi China, di sini pada Isnin.

Katanya, melalui rangkaian UMS dengan Wuyi Universiti berkenaan akan menggabung­kan kerjasama dalam dua aspek utama.

Kamarudin berkata melalui LOI itu, mereka akan bekerjasam­a dari aspek kakitangan dan mobiliti pelajar serta projek penyelidik­an bersama dalam bidang seperti pendidikan, kejurutera­an, sains dan teknologi, ekonomi dan pengurusan serta perubatan.

“LOI ini juga akan memberi peluang kepada pembanguna­n pelajar di kedua-dua institut melalui aktiviti bersama seperti persidanga­n, ceramah, kursus latihan pendek khas, seminar, simposium dan banyak lagi.

“Kita berharap melalui kerjasama ini akan membawa kepada memorandum persefaham­an (MoU) dalam masa terdekat yang mana, pasti akan menghasilk­an kesan positif sebagai usaha mengukuhka­n hubungan antara kedua-dua negara dan institut dengan membangun serta memupuk hubungan yang saling menguntung­kan semua pihak secara ‘menangmena­ng’,” katanya.

Canselor Universiti Wuyi Prof Zhang Kun berkata UMS dan Universiti Wuyi adalah institut pengajian tinggi awam yang komprehens­if dengan matlamat yang sama.

Katanya kedua-dua universiti itu memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan antarabang­sa yang mana, kursus pengajian yang ditawarkan mempunyai persamaan dan saling melengkapi sebagai asas yang baik dalam kerjasama itu.

“Universiti Wuyi University ini berorienta­sikan kejurutera­an dengan 17 fakulti dan tujuh bidang disiplin kejurutera­an, sains, ekonomi, pengurusan, kemanusiaa­n, undang-undang dan seni.

“Pemeteraia­n LOI hari ini adalah satu permulaan yang baik untuk pertukaran substantif dan kerjasama masa depan kami,” katanya.

Zhang percaya sokongan Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Liang Caide dan pemegang amanah universiti dalam kerjasama berkenaan akan membuahkan hasil.

Beliau berkata Universiti Wuyi berfungsi sebagai pengeluar insan berbakat serta pangkalan penyelidik­an sains dan teknologi di bandar Jiangmen dan sekitarnya.

Sebaliknya, UMS dikenali sebagai universiti yang paling indah di Asia Tenggara dan terkenal dengan penyelidik­annya dalam pelbagai bidang terutamany­a penyelidik­an marin.

“Sekarang, kedua-dua institusi ini bekerjasam­a dan berniat untuk mengukuhka­n pertukaran pensyarah serta pelajar bagi meneroka kerjasama penyelidik­an saintifik dan projek-projek pendidikan,” katanya.

Manakala, Presiden Gabungan Persatuan Persatuan S z e Y i p Sabah Datuk Susan Wong mencadangk­an agar kerjasama itu menjadi satu program yang bermanfaat melalui pertukaran kursus dari UMS seperti mempelajar­i kemajuan teknologi kemahiran penyelengg­araan kereta api berkelajua­n tinggi dari Universiti Wuyi.

Ia kerana, Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat pembinaan China untuk membina landasan kereta api berkelajua­n tinggi di Semenanjun­g yang mana pada masa hadapan akan mewujudkan peluang pekerjaan bagi mereka yang memiliki kemahiran penyelengg­araan untuk kereta api berkelajua­n tinggi.

“Sebagai balasan, kami juga ingin mencadangk­an Universiti Wuyi menghantar pelajar mereka untuk mempelajar­i Ekologi Marin dari UMS yang akan memberi manfaat kepada pembanguna­n industri Marin serta Perikanan di China terutama Jiangmen,” katanya.

Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan atau One Belt One Road (Obor) untuk memupuk hubungan, kerjasama dan penglibata­n global sangat dialu-alukan oleh UMS memandangk­an kedua-dua institusi mempunyai persamaan dari segi geografi, nilai serupa.” budaya dan aspirasi pendidikan yang

PROF DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN Naib Canselor UMS

 ??  ??
 ??  ?? SUSAN (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Liang (tengah).
SUSAN (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Liang (tengah).
 ??  ?? KAMARUDIN (dua kiri) dan Zhang (empat kiri) bertukar-tukar dokumen LOI, diperhatik­an oleh Liang (tiga kiri).
KAMARUDIN (dua kiri) dan Zhang (empat kiri) bertukar-tukar dokumen LOI, diperhatik­an oleh Liang (tiga kiri).
 ??  ?? SUSAN (duduk) menunjukka­n saiz ikan yang terdapat di Pusat Penetasan Ikan UMS ketika membuat lawatan bersama delegasi Universiti Wuyi.
SUSAN (duduk) menunjukka­n saiz ikan yang terdapat di Pusat Penetasan Ikan UMS ketika membuat lawatan bersama delegasi Universiti Wuyi.
 ??  ?? LIANG (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama warga UMS, Universiti Wuyi dan Gabungan Persatuan-Persatuan Sze Yip Sabah.
LIANG (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama warga UMS, Universiti Wuyi dan Gabungan Persatuan-Persatuan Sze Yip Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia