Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur didakwa 42 tuduhan rogol, dibicara 23-24 April

Penganggur dibicara 23-24 April 2018 setelah mengaku tidak bersalah

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang penganggur yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, mengaku tidak bersalah atas 42 pertuduhan merogol anak buahnya yang masih dibawah umur.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 23 hingga 24 April tahun hadapan, terhadap tertuduh yang berusia 33 tahun.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun, pada 17 Ogos tahun lalu jam 2 pagi di sebuah kampung di daerah Kota Belud.

Manakala kedua hingga kesepuluh, tertuduh melakukan kesalahan sama, pada 7 September hingga 17 Disember tahun lalu, di ruang tamu dan dapur di sebuah rumah kampung, dalam daerah Kota Belud.

Tuduhan ke-11 hingga ke20, tertuduh merogol mangsa di bilik sebuah rumah, tempat yang sama, pada 8 Disember tahun lalu hingga 22 Februari tahun ini.

Pertuduhan ke-21 hingga ke-30, tertuduh melakukan kesalahan yang sama pada 23 Februari hingga 20 April tahun ini, di tempat yang sama.

Ke-31 hingga ke-42, tertuduh merogol mangsa di tempat yang sama pada 3 Mei hingga 27 Julai tahun ini.

Untuk semua pertuduhan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan dengan sebatan.

Timbalan Pendakwara­ya Akmal Zatul Mohamed Nawi membantah jaminan diberikan kepada tertuduh kerana kesalahan yang tidak boleh ditawarkan ikat jamin.

“Sebanyak 42 pertuduhan yang terlibat amat serius, serta mangsa dan tertuduh mempunyai kaitan kekeluarga­an disamping tinggal bersama,” katanya.

Bagaimanap­un tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon diberikan ikat jamin dan mendakwa sudah berkahwin dengan mangsa.

Mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM10,000 dibayar penuh, dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Tertuduhju­gadiperint­ahkan melaporkan dirinya di Balai Polis Kota Belud, mengikut masa yang ditetapkan dan dilarang mengganggu mangsa.

“Sebanyak 42 pertuduhan yang terlibat amat serius, serta mangsa dan tertuduh mempunyai kaitan kekeluarga­an disamping ” tinggal bersama. AKMAL ZATUL MOHAMED NAWI Timbalan Pendakwara­ya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia