Utusan Borneo (Sabah)

Kim lawat kilang kosmetik bersama isteri dan adiknya

-

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un telah membawa isterinya yang bergaya dan adik perempuann­ya yang berkuasa ke sebuah kilang mekap bagi satu “lawatan lapangan” di sebalik ketegangan nuklear negara tersebut dengan AS.

Semasa satu lawatan ke Kilang Kosmetik Pyongyang di ibu negara, Kim telah memuji produk “peringkat dunianya” yang menyedari “impian wanita yang ingin menjadi lebih cantik”, lapor agensi berita rasmi KCNA.

Kim telah ditemani oleh Kim Yo-Jong, adik perempuann­ya dan seorang anggota kanan parti pemerintah Parti Buruh, katanya, dengan gambar yang menunjukka­n isteri Kim, Ri Sol-Ju mengekori beliau dalam lawatan di kilang tersebut dengan memakai sepasang dres corak bungabunga.

Kedua-dua mereka telah dilihat sebagai wanita yang paling berkuasa di negara patriarki yang terpencil dan lebih bercirikan ketenteraa­n itu.

Mereka dipercayai sering menemani Kim bagi acara rasmi sejak beliau memegang kuasa pada tahun 2011, dalam perbezaan ketara berbanding pemerintah­an sebelum itu di mana pasangan bekas pemimpin atau adik perempuan mereka jarang muncul di khalayak ramai, apatah lagi menerima jawatan tinggi dalam kerajaan.

Ri yang merupakan seorang bekas penyanyi, turut dikenali dengan minatnya terhadap fesyen mewah dan diketahui mempunyai tiga anak hasil perkahwina­nnya dengan Kim.

Yo-Jong, yang dipercayai berusia 20-an, telah dilantik pada awal bulan ini sebagai seorang anggota pengganti bagi politburo berkuasa di dalam parti – badan pembuat keputusan yang dipengerus­ikan oleh abangnya.

Dikenali sebagai menguruska­n operasi propaganda untuk parti, Yo-Jong telah dilihat menemani Kim dan berada dalam suasana kasual – jarang di kalangan pegawai tinggi negara – ketika majlis umum berprofail tinggi.

Kedua-dua Kim telah dilahirkan bagi mendiang pemerintah Kim Jong-Il dan pasangan ketiganya Ko Yong-Hui, seorang bekas penari.

Di kilang itu mereka telah melihat sekeping mozek memaparkan potret ayah mereka dengan paparan tajuk ‘Untuk menyediaka­n Rakyat Kita Dengan Kosmetik yang Lebih Baik’, lapor KCNA kelmarin.

Keluarga Kim telah memerintah negara miskin namun bersenjata nuklear itu dengan cara kuku besi sepanjang tiga generasi sejak negara itu ditubuhkan pada 1948 susulan Perang Korea yang menyaksika­n perpisahan negara tersebut kepada dua bahagian.

Satu bahagian lagi membentuk Korea Selatan.

Ketegangan menjadi tinggi di semenanjun­g dengan pihak Utara melakukan ujian nuklear keenamnya pada September dan melancarka­n misil yang berkemampu­an sampai ke kawasan tanah besar musuh imperialis­nya AS.

Kim dan Presiden AS Donald Trump telah saling berbalas ugutan mengenai peperangan dan penghinaan peribadi terhadap satu sama lain sejak beberapa bulan, mencetuska­n kebimbanga­n global. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia