Utusan Borneo (Sabah)

‘Terbeban’ faktor pelajar tidak minat

Untuk belajar subjek sains dan matematik

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: ‘Terbeban’ antara faktor utama kurangnya minat dalam bidang sains serta matematik oleh pelajar sekolah di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, berdasarka­n Laporan Sains 2015, simptom kurang minat berkenaan dilihat menjadi pendorong utama kepada kekurangan daya tarikan dalam mata pelajaran itu.

“Antara faktor itu adalah pelajar merasakan susah mempelajar­isubjekber­kenaan selain ibu bapa tidak melihat potensi bidang sains dalam pembanguna­n negara pada masa hadapan.

“Untuk mengatasi perkara itu, pihak Mosti telah melancarka­n program Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Matematik (STEM) dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pembudayaa­n STEM Dalam Kalangan Pelajar Sekolah, di sini pada Isnin.

Beliau turut menggesa warga pendidik dari semua peringkat untuk mengajar mata pelajaran sains dan matematik dengan penuh semangat dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar yang berminat terhadap subjek itu.

“Tidak dinafikan bahawa pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di sekolah dalam negara ini tidak ramai.

“Kini Mosti berusaha untuk meningkatk­an peratusan pelajar yang layak untuk terlibat dalam STEM, bagaimanap­un kerjasama daripada semua tenaga pendidik sangat diperlukan.

Oleh itu katanya, Pusat Pembelajar­an STEM Kebangsaan akan dibina tahun hadapan bagi melatih guru-guru untuk mengajar dalam mata pelajaran sains dan matematik dengan lebih bersemanga­t serta komited.

“Tanpa kedua-dua subjek itu, adalah mustahil negara kita mampu melahirkan graduan berkelulus­an tinggi dalam bidang kejurutera­an, perubatan, bioteknolo­gi dan sebagainya.

“Dengan adanya graduan yang berjaya dalam bidang sains, mereka sudah pastinya boleh menghasilk­an teknologi tinggi seterusnya memacu pembanguna­n Malaysia ke arah negara maju,” katanya.

Menurutnya, peranan ibu bapa juga penting bagi menerapkan minat anakanak mereka dalam bidang sains memandangk­an sektor pekerjaan dalam industri itu menawarkan peluang pendapatan yang tinggi.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran menggesa agar para guru mampu meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pelajar dan ibu bapa bahawa mata pelajaran sains serta matematik itu adalah satu elemen yang penting dalam negara ini.

Dalam majlis berkenaan, seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nangka, SMK Tamparuli dan SMK Tun Fuad Stephens telah menyertai program itu.

“Antara faktor itu adalah pelajar merasakan susah mempelajar­i subjek berkenaan selain ibu bapa tidak melihat potensi bidang sains dalam pembanguna­n negara pada masa hadapan. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti)

 ??  ?? MADIUS (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar.
MADIUS (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? MADIUS (dua kanan) meninjau makmal komputer sekolah yang digunakan untuk program STEM.
MADIUS (dua kanan) meninjau makmal komputer sekolah yang digunakan untuk program STEM.
 ??  ?? MADIUS (dua kanan) meninjau perkakasan Micro:bit yang akan digunakan dalam program STEM.
MADIUS (dua kanan) meninjau perkakasan Micro:bit yang akan digunakan dalam program STEM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia