Utusan Borneo (Sabah)

Rombongan DOSM lawat mangsa banjir di Kota Belud

-

KOTA BELUD: Dua keluarga di sini yang terjejas banjir baru-baru ini, dikunjungi oleh pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perangkaan Negeri Sabah (DOSM).

Rombongan seramai 15 orang itu diketuai oleh Penolong Pegawai DOSM Abdul Aziz Matlan yang melawat ke rumah Duasa Kumbas di Kampung Marajah (Suang Punggor) serta Sisam Salleh di Kampung Siasai.

Ketika ditemui, Abdul Aziz berkata kunjungan itu merupakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya untuk meringanka­n beban keluarga mangsa bencana alam yang terjejas akibat banjir yang melanda daerah berkenaan baru-baru ini.

“Antara perkhidmat­an yang kami berikan ialah kerja gotong-royong membersihk­an rumah yang ditenggela­mi banjir selain memberikan sumbangan berbentuk keperluan harian dan wang tunai.

“Sasaran kami adalah keluarga terdekat kepada staf DOSM itu sendiri yang terjejas banjir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata program seperti itu juga amat penting sebagai platform kepada pegawai dan kakitangan DOSM berbakti kepada masyarakat setempat.

“Program ini merupakan antara inisiatif DOSM di bawah Jabatan Perdana Menteri sekali gusmembukt­ikankesung­guhan kerajaan untuk merakyatka­n perkhidmat­an awam dalam kalangan masyarakat.

“Kami berasa gembira dapat membantu dan paling mengharuka­n apabila mangsa banjir yang kami kunjungi melahirkan rasa kesyukuran dengan bantuan yang diterima sejak kampung berkenaan dilanda banjir,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Aziz menyampaik­an sumbangan kepada Sisam sempena kunjungan itu.
ABDUL Aziz menyampaik­an sumbangan kepada Sisam sempena kunjungan itu.
 ??  ?? ABDUL Aziz (enam kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Duasa.
ABDUL Aziz (enam kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Duasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia