Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan iktiraf sumbangan nelayan

-

MENUMBOK: Sesuai dengan tema ‘Nelayan Produktif dan Berwawasan’, hampir 10,000 pengunjung Pesta Nelayan Menumbok Ke-17 menikmati manfaat berganda.

Ia disebabkan kebijaksan­aan kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada tahun ini menggabung­kan pesta itu dengan Program Mobile CTC (Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak) selama tiga hari di Tapak Pesta Nelayan, Pantai Mempakul, di sini sejak Jumaat.

Program diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang menjadi petanda kesungguha­n serta keprihatin­annya terhadap golongan pencari rezeki di lautan khususnya di daerah kecil ini.

Sementara itu, dalam ucapannya ketika merasmikan program berkenaan pada Ahad, Musa mahu para nelayan melengkapk­an diri dengan ilmu dan teknologi untuk menukar cara penangkapa­n yang konvension­al kepada kaedah yang baharu.

Dengan itu katanya, hasil tangkapan dapat ditingkatk­an serta pendapatan juga mampu digandakan, sekaligus menjana taraf ekonomi dan kehidupan nelayan yang lebih baik.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an Projek Tukun Tiruan daripada Pengarah Perikanan Sabah Dr Ahemad Sade kepada Sapar Lakat dari Kg Tanjung Aru dan Ali Abnoh dari Kg Sangkabok Menumbok.

Turut disampaika­n, Bantuan Elaun Sara Hidup daripada Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mohamad Jamil Abdullah kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Penyu Dg Chalun Wan Astor untuk 1,003 nelayan bernilai RM300,900 bagi September 2017.

Musa menyampaik­an Bantuan Enjin Sangkut daripada Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar kepada empat penerima iaitu Ismail Salleh (Kg Darat Menumbok), Ramlee Tainah @Taimah (Kg Sangkabok), Zainal Birik (Kg Sangkabok) dan Mat Zinin Chaplee (Kg Tinambak).

Pendek kata, pesta itu dibuat untuk merai dan menghargai sumbangan golongan nelayan terhadap sumber makanan masyarakat keseluruha­nnya.

Selain itu, Musa juga menyaksika­n penyampaia­n Anugerah Tokoh Nelayan 2017 kepada tiga nelayan iaitu Saban Momin (Kg Peringan), Jais Mijan (Kg Manggis) dan Mohamad Jair (Kg Darat Menumbok) oleh Ahli Dewan UndanganNe­geri(Adun)Pantai Manis Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail.

Dalam pada itu, Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury yang tidak jemu-jemu menyuaraka­n cadangan Projek Pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok di DUN Sabah, akhirnya berjaya menarik perhatian Perdana Menteri dan telah dimasukkan dalam Bajet 2018.

Menurut beliau, jambatan itu adalah pemangkin kepada landskap pembanguna­n infrastruk­tur, sosio-ekonomi, mobiliti penduduk sama ada masyarakat di tanah besar, mahupun Pulau Mutiara, Wilayah Persekutua­n Labuan.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Raezafaiza­l Arshad dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Husin Narion.

 ??  ?? MUSA (dua dari kanan) menyerahka­n replika Projek Tukun Tiruan kepada Sapar (tiga dari kiri).
MUSA (dua dari kanan) menyerahka­n replika Projek Tukun Tiruan kepada Sapar (tiga dari kiri).
 ??  ?? ABDUL Rahim (tiga dari kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Nelayan 2017 kepada Saban, sambil diperhatik­an Musa.
ABDUL Rahim (tiga dari kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Nelayan 2017 kepada Saban, sambil diperhatik­an Musa.
 ??  ?? JAIS juga menerima Anugerah Tokoh Nelayan 2017 yang disampaika­n Abdul Rahim (tiga dari kanan).
JAIS juga menerima Anugerah Tokoh Nelayan 2017 yang disampaika­n Abdul Rahim (tiga dari kanan).
 ??  ?? MUSA (tengah) menyaksika­n tarian Bakanjar setibanya di Dataran Mempakul.
MUSA (tengah) menyaksika­n tarian Bakanjar setibanya di Dataran Mempakul.
 ??  ?? MUSA (dua dari kiri) melihat pameran spesis ikan yang ditangkap di perairan Menumbok.
MUSA (dua dari kiri) melihat pameran spesis ikan yang ditangkap di perairan Menumbok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia