Utusan Borneo (Sabah)

YUYA produk makanan berkualiti

Mampu tembusi pasaran antarabang­sa termasuk Hong Kong

-

KOWLOON, HONG KONG: Pengerusi Felcra Berhad Dato’ Sri Bung Moktar Radin optimis produk sardin dan tuna berjenama YUYA bakal mendapat permintaan tinggi di Hong Kong berikutan komitmen beberapa syarikat utama yang berminat memasarkan produk berkenaan.

Beliau berkata, Program Promosi Produk YUYA Hong Kong menjadi platform penting memperkena­lkan produk keluaran anak syarikat Felcra Berhad iaitu Felcra Livestok & Agri Product Sdn Bhd (FLAP) dengan kerjasama beberapa rakan perniagaan strategik dari Filipina dan Indonesia.

“Mereka (wakil syarikat ) di Hong Kong melihat YUYA sebagai produk makanan berkualiti serta mampu memberi pilihan kepada pengguna, selain harganya yang cukup kompetatif,” katanya selepas Program Promosi Produk YUYA Hong Kong di sebuah hotel terkemuka di Kowloon pada Isnin.

Katanya, program itu dihadiri seramai 80 tetamu mewakili beberapa syarikat terkemuka di Hong Kong seperti Biworld Internatio­nal Holding Ltd; Wah Shun Trading Co; Easy Done Marketing Co Ltd; Fuk Ming Foods Co Ltd; Ka Yuen Food Co Ltd.; serta Fruitful Food &

“Program Promosi Produk YUYA Hong Kong menjadi platform penting memperkena­lkan produk keluaran anak syarikat Felcra Berhad iaitu Felcra Livestok & Agri Product Sdn Bhd (FLAP) dengan kerjasama beberapa rakan perniagaan strategik dari Filipina dan Indonesia. ” DATO’ SRI BUNG MOKTAR RADIN Pengerusi Felcra Berhad

Beverage Company.

Bung Moktar memberitah­u, produk berjenama YUYA telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun lepas dan merancang menembusi pasaran antarabang­sa termasuk Hong Kong, China, Jepun dan Timur Tengah.

“Pensijilan Halal yang dikeluarka­n Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ternyata cukup menyakinka­n beberapa syarikat antarabang­sa termasuk di Hong Kong kerana ia memberikan pilihan terbaik kepada pengguna membeli produk berkualiti dan bersih berdasarka­n piawaian yang ditetapkan oleh Jakim,” jelasnya.

Kini, pelbagai produk berjenama YUYA mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabang­sa seperti Tuna Sambal Pedas (Spicy Chili);

Tuna Rendang (Spicy Coconut Gravy); Tuna Sos Bawang Berempah (Spicy Onion Sauce); Sotong Goreng Bercili

(Squid Fried Chili); Perencah Tuna (Tuna Seasoning); serta Perencah Ikan Masin (Salt Fish Seasoning), selain Sardines (in Tomato Sauce) dan Sardines

(In Tomato Sauce With Chili Added).

“Untuk pasaran antarabang­sa, kami telah melantik Felcra Internatio­nal Venture (FIV) mengendali­kan urusan promosi serta pembekalan stok kepada rakan-rakan perniagaan, khususnya di Hong Kong,” katanya.

Sempena program promosi itu, satu demonstras­i masakan berasaskan produk jenama YUYA turut diadakan, sekali gus menyakinka­n tetamu terhadap produk itu.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad Dato’ Ismail Kasim, Pengurus Besar Kumpulan Kejurutera­an dan Teknikal Felcra Berhad Haridan Saad, Pengarah Urusan Felcra Internatio­nal Venture Raja Badli Raja Abdullah serta Presiden Dewan Perniagaan MalaysiaCh­ina (Cawangan Sabah) Datuk Frankie CT Liew.

 ??  ?? BUNG Moktar merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
BUNG Moktar merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
 ??  ?? SEBAHAGIAN produk jenama YUYA keluaran anak syarikat Felcra Berhad.
SEBAHAGIAN produk jenama YUYA keluaran anak syarikat Felcra Berhad.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I masakan berasaskan produk jenama YUYA.
DEMONSTRAS­I masakan berasaskan produk jenama YUYA.
 ??  ??
 ??  ?? BUNG Moktar dan Ismail bersama wakil beberapa syarikat Hong Kong sempena Program Promosi Produk YUYA di Hong Kong.
BUNG Moktar dan Ismail bersama wakil beberapa syarikat Hong Kong sempena Program Promosi Produk YUYA di Hong Kong.
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu menikmati sajian berasaskan produk jenama YUYA.
SEBAHAGIAN tetamu menikmati sajian berasaskan produk jenama YUYA.
 ??  ?? BUNG Moktar beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
BUNG Moktar beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
 ??  ?? SELEBERITI Hong Kong turut menikmati sajian YUYA.
SELEBERITI Hong Kong turut menikmati sajian YUYA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia