Utusan Borneo (Sabah)

Bajet Negeri 2018 kekal berorienta­sikan pembanguna­n

Perbelanja­an operasi dikawal bagi kurangkan kos

-

KUCHING: Bajet Negeri 2018 yang bakal dibentangk­an minggu depan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg kekal cenderung kepada pembanguna­n.

Beliau menambah, Bajet Negeri 2018 juga sedikit berbeza berbanding bajet tahun-tahun sebelum ini iaitu perbelanja­an operasi akan dikawal bagi mengurangk­an kos.

“Bajet Negeri 2018 ada sedikit berbeza berbanding sebelum ini kerana kita mahu mengawal (jumlah) perbelanja­an operasi bagi mengurangk­an kos.

“Keutamaan masih diberikan kepada pembanguna­n, iaitu 70 peratus daripada jumlah keseluruha­n Bajet (Negeri) 2018. Ini kerana Sarawak masih perlu dibangunka­n,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Landeh, Padawan dekat sini pada Isnin.

Abang Johari bagaimanap­un enggan mengulas lanjut dan mengatakan perincian Bajet Negeri 2018 akan dibuat semasa pembentang­annya kelak.

Beliau dijangka membentang­kan Bajet Negeri 2018 pada Persidanga­n DUN yang dijadual mula bersidang dari 8 hingga 17 November 2017.

Pada Bajet Negeri 2017, sejumlah RM8.134 bilion diperuntuk­kan dan daripada jumlah itu RM5.928 bilion atau 73 peratus dicadangka­n untuk pembanguna­n.

Hampir separuh daripada jumlah itu (RM5.928 bilion) iaitu RM2.982 bilion adalah untuk pembanguna­n di luar bandar.

Manakala untuk kos perbelanja­an, Bajet Negeri 2017 menyaksika­n hanya RM2.206 bilion diperuntuk­kan bagi tujuan itu.

Bajet Negeri 2018 ada sedikit berbeza berbanding sebelum ini kerana kita mahu mengawal (jumlah) perbelanja­an operasi bagi mengurangk­an kos. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia