Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh remaja bawah umur terlibat dadah

Jumlah kes meningkat tetapi masih terkawal

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU:Dalamtempo­h sepuluh bulan pertama tahun ini, seramai tujuh remaja di bawah umur yang terlibat penyalahgu­naan dadah telah ditangkap oleh penguatkua­sa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pegawai AADK Azry Golbin @Azmi berkata ia menunjukka­n peningkata­n seramai tiga kes berbanding seramai empat orang dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Walaupun terdapat peningkata­n, namun ia masih terkawal melalui program yang dilaksanak­an oleh agensi ini di sekolahsek­olah sebagai langkah awal pencegahan dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah rendah mahupun menengah di daerah ini,” katanya selepas majlis penutupan Kem Sayangi Hidup Elak

“Saya yakin program Shields ini dapat memperkasa­kan lagi pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat.

AZRY GOLBIN @AZMI Ketua Pegawai AADK

Derita Selamanya (Shields) di Dewan SMK Keningau 1, di sini pada Ahad.

Program itu telah dirasmikan penutupann­ya oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno.

Azry berkata, dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, seramai 99 orang yang terlibat dalam penagihan dadah telah ditangkap di daerah ini dan dihantar ke pusat pemulihan.

Katanya, mereka terdiri lelaki rakyat tempatan berumur lingkungan 16 hingga 60 tahun.

“Saya yakin melalui program Shields ini yang dilaksanak­an secara bersepadu melibatkan jabatan dan agensi kerajaan lain, dapat memperkasa­kan lagi pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat di daerah ini,” katanya.

Program yang diadakan sepanjang tiga hari melibatkan 50 pelajar SMK Keningau 1 itu diisi dengan penyampaia­n ceramah mengenai dadah oleh pegawai AADK dan penguatkua­sa pasukan keselamata­n lain.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan yang dapat memberi pendedahan kepada para pelajar yang menyertai kem itu melalui pembahagia­n kumpulan.

Imposibble Team merupakan kumpulan terbaik dalam kategori Kerjasama, diikuti Junior Great Warrior kumpulan terbaik bagi kategori Komitmen.

KBC dipilih sebagai kumpulan terbaik dalam kategori Daya Usaha sementara Tambadau Merah kumpulan terbaik dalam kategori Kreativiti.

Iven Aden Lance Linus dan Kessy Ummanozami­na Ambuut masing- masing dipilih sebagai peserta terbaik lelaki dan perempuan kem itu.

Pada majlis itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Sook Ramian Ayub telah menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi Skuad AADK, menggantik­an mantan Pengurus Keningau FM, Razali Haji Baba.

Tiga wakil media dari Utusan Borneo, News Sabah Times dan Keningau FM masing- masing menerima sijil penghargaa­n dan hamper daripada pengarah AADK Negeri Sabah.

Turut menerima sijil penghargaa­n ialah Pengetua SMK Keningau 1 Haji Ahmud Haji Saribin, wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Rosdee Razalie Johnton dan Razali.

Watikah pelantikan, sijil penghargaa­n, sijil penyertaan dan hadiah telah disampaika­n oleh Sairin.

 ??  ?? RAMIAN menerima watikan pelantikan yang disampaika­n oleh Sairin. Turut kelihatan Azry (dua kanan), Ahmud (dua kiri), Rosdee (kiri) dan Razali (kanan).
RAMIAN menerima watikan pelantikan yang disampaika­n oleh Sairin. Turut kelihatan Azry (dua kanan), Ahmud (dua kiri), Rosdee (kiri) dan Razali (kanan).
 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an sijil penyertaan yang diwakili oleh seorang peserta.
SAIRIN menyampaik­an sijil penyertaan yang diwakili oleh seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia