Utusan Borneo (Sabah)

Dera anak tiri: Lelaki dipenjara 15 tahun, denda RM50,000

Dera anak tiri sehingga lebam, kesan gigitan pada kemaluan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencederak­an seorang anak tirinya yang berusia dua tahun dan tujuh bulan, dikenakan penjara 15 tahun dan denda RM50,000, oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Ainul Mohd Shahrin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Hisham Jumaad, 30, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM50,000 atau dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun, atau dengan kedua-duanya.

Tertuduh menggigit tubuh dan menampar muka mangsa sehingga menyebabka­n bengkak dan lebam, pada 3 Julai jam 10.30 malam, di sebuah bilik tidak bernombor, kuarters JS Borneo Sdn. Bhd, di Country Height, Penampang.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 18 bulan.

Dalam pada itu, tertuduh juga dikenakan bon berkelakua­n baik selama tiga tahun bermula selepas tamat tempoh hukuman, disamping melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, tertuduh boleh dihadapkan­kemahkamah­atas tuduhan gagal melaksanak­an khidmat masyarakat dan boleh didenda RM10,000.

Hasil siasatan polis, mangsa dihantar pengasuhny­a kepada ibu kandung mangsa pada 3 Julai jam 7 malam, di dalam keadaan baik dan sihat kerana mempunyai urusan di Lahad Datu.

Ibu mangsa tinggal bersama dengan tertuduh setahun lalu, selepas berpindah dari Lahad Datu, semenjak itu mangsa dan adik-adiknya dijaga oleh pengasuh.

Kira-kira jam 11.30 malam, abang mangsa meminta pertolonga­n daripada anak pengasuh supaya menyelamat­kan adiknya dipercayai didera tertuduh.

Pengasuh terbabit bersama anaknya bertindak menyelamat­kan mangsa, yang mengalami lebam dan bengkak di bahagian muka serta terdapat kesan gigitan di bahagian tubuh dan kemaluan.

Mangsa seterusnya dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaa­n lanjut, turut didapati kesan cucuhan rokok pada tangan dan luka di bibir.

Semasa rayuan, Mohd Hisham yang menangis teresak- esak di dalam kandang tertuduh memohon hukumannya diringanka­n, menyatakan menyayangi mangsa seperti anak sendiri.

“Saya sangat menyayangi isteri walaupun tahu seorang janda. Saya tidak pernah mencubit anak saya.

“Kadang- kala apabila isteri bekerja, saya sanggup bekerja dan menjaga anak walaupun tiada pengalaman,” katanya.

Tertuduh juga memohon diberikan peluang untuk menunaikan tanggungja­wabnya sebagai anak terhadap ibu bapanya yang sudah tua.

Peguam Michell Rosana Osman berkata, tertuduh melayan mangsa seperti anaknya sendiri ketika isterinya keluar bekerja.

Bagaimanap­un pada hari kejadian, tertuduh berada dalam keadaan tertekan dan mabuk, di samping bergaduh dengan isterinya.

“Tertuduh tidak mengingati kejadian itu dan menyesal dengan tindakanny­a. Mohon hukuman diringanka­n,” katanya.

Timbalan Pendakwara­ya Akmal Zatul Mohamed Nawi menegaskan, pihaknya meminta hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh.

“Apabila kejadian berkenaan berlaku, mangsa mengalami gangguan emosi dan kecederaan fizikal. Tertuduh tidak menyesal dengan kenyataan yang membela dirinya.

“Tertuduh juga menggunaka­n kepercayaa­n yang diberikan ibu mangsa kepadanya. Laporan perubatan menunjukka­n mangsa mengalami lebam dan gigitan, ini kesalahan serius,” katanya.

Tegasnya, parlimen memandang serius mengenai jenayah seperti ini apabila mengubah peruntukan hukuman berkenaan, untuk menunjukka­n masyarakat menentang penderaan pada masa kini.

Apabila kejadian berkenaan berlaku, mangsa mengalami gangguan emosi dan kecederaan fizikal. Tertuduh tidak menyesal ” dengan kenyataan yang membela dirinya.

AKMAL ZATUL MOHAMED NAWI Timbalan Pendakwara­ya

 ??  ?? HISHAM (kiri) terima padah akibat mendera anak tirinya.
HISHAM (kiri) terima padah akibat mendera anak tirinya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia