Utusan Borneo (Sabah)

SK Tanjung Aru sertai Program TS25

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru merupakan antara sekolah yang bertuah kerana terpilih untuk menyertai kolokium bagi Program Transforma­si Sekolah 2025 (TS25) yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah selama tiga hari.

Sebanyak 43 sekolah dari Sarawak, 40 sekolah dari Sabah dan sembilan dari Labuan menyertai kolokium itu.

TS25 merupakan sebahagian usaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia ke arah meningkatk­an kemenjadia­n pelajar dan sekolah berkualiti.

Ia juga menekankan tentang mengaplika­sikan amalan terbaik dalam pelaksanaa­n pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajar­an dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia ( PPPM) 2013– 2025.

Guru Besar SK Tanjung Aru Murni Jaafar berkata penyertaan sekolah itu dalam pameran TS25 bertujuan menampilka­n laporan aktiviti sepanjang dua tahun menjalanka­n Program TS25 1.0.

Laporan aktiviti yang dipamerkan membuktika­n sekolah mampu menyahut cabaran dalam mencapai matlamat TS25, iaitu memantapka­n kepimpinan sekolah, memaksimum­kan potensi guru dan murid menerusi peningkata­n kualiti pembelajar­an dan pengajaran serta mengukuhka­n penglibata­n ibu bapa, komuniti dan pihak berkepenti­ngan demi kejayaan pelajar.

SK Tanjung Aru sebagai wakil Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan pameran TS25 sempena kolokium itu bersama sembilan lagi sekolah dari Sabah dan Sarawak.

Pameran itu telah dijayakan oleh seorang guru, Evelin Miun dan dua murid iaitu Jessica Anthony dan Ninabilah Pendaton.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Mahmud Karim berkata terdapat lima modul latihan dan modul seterusnya bergantung kepada sekolah masing- masing untuk memikirkan transforma­si yang hendak dilaksanak­an, asalkan ia mencapai objektif berkaitan pencapaian pelajar itu sendiri.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Dr Amin Senin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin turut melawat gerai pameran SK Tanjung Aru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia