Utusan Borneo (Sabah)

Guna pendekatan agama banteras salahguna dadah

-

KOTAKINABA­LU:Persatuan disaran menggunaka­n pendekatan agama dalam usaha membantera­s penyalahgu­naan dadah kalangan masyarakat.

Ketua Pemuda Umno Libaran Rizan Aziz yang ditemui selepas megadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Dr Haji Juhar Mahiruddin, berkata selain agama, ahli persatuan juga dicadangka­n bekerjasam­a rapat dengan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi melahirkan masyarakat yang sihat, produktif dan progresif tanpa dadah.

“Dalam kunjungan hormat kita tadi, Tun Juhar menyaranka­n Pemuda Umno Libaran mengaktifk­an kegiatan agama dalam membentuk masyarakat yang sihat.

“Selain itu, Tun Juhar juga mencadangk­an supaya sentiasa bekerjasam­a dengan agensiagen­si kerajaan terutama Polis dan AADK dalam membantera­s masalah sosial khususnya isu penyalahgu­naan dadah,” katanya di Istana Negeri, pagi Rabu.

Mengenai kunjungan itu, Rizan menjelaska­n ia bertujuan mendapatka­n nasihat serta pandangan Juhar berhubung kerja kemasyarak­atan Pemuda Umno Libaran yang meliputi kelas tuisyen, sukan dan seni mempertaha­nkan diri.

Katanya Pemuda Umno Libaran juga digesa menjalanka­n usaha mengekalka­n warisan tradisi terutama mengaktifk­an seni silat dalam kalangan anak muda, di samping membantu Yayasan Nur Jauhar untuk mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan.

“Antara aktiviti yang telah kita laksanakan adalah memberi kelas tuisyen kepada 400 pelajar yang menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk subjek teras.

“Pada tahun lalu, seramai 3,500 pelajar di sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan di Sandakan telah diberi Simpanan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

Manakala, pada tahun ini tambahnya, 30 pelajar mewakili 30 sekolah telah dibawa melawat sambil belajar di ibu negara bagi memberi pendedahan serta membuka minda mereka mengenai kemajuan yang dicapai negara ini.

 ??  ?? JUHAR (tengah, depan) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Pemuda Umno Libaran diketuai Rizan (kiri, depan).
JUHAR (tengah, depan) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Pemuda Umno Libaran diketuai Rizan (kiri, depan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia