Utusan Borneo (Sabah)

Lapangan Terbang Sandakan sedia terima lebih banyak penerbanga­n

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Lapangan Terbang Sandakan sedia menerima lebih banyak penerbanga­n dari dalam dan luar negara selepas landasan di lapangan itu siap dinaiktara­f kelak.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd ( MAHB) Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata, pembesaran dan pemanjanga­n laluan kapal terbang termasuk jalan rayap selari itu dijadual mula dilaksanak­an pada bulan ini dan memakan masa 12 hingga 15 bulan untuk siap.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana dalam Bajet 2018 telah mengumumka­n peruntukan untuk menaiktara­f beberapa lapangan terbang termasuk di Sandakan.

“Penaikanta­raf ini memberi signal kepada syarikat penerbanga­n lain bahawa Lapangan Terbang Sandakan sedia menerima kapal terbang yang lebih berat dan panjang.

“Dengan landasan sekarang ini, lapangan terbang di sini masih belum mampu untuk menerima kapal terbang yang melebihi daripada lima jam penerbanga­n. Selain syarikat penerbanga­n dari negara luar seperti China, kita juga ingin menggalakk­an lebih banyak penerbanga­n dalam negara ke Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Pesta BuahBuahan sempena Ulangtahun ke-25 Malaysia Airports di Lapangan Terbang Sandakan di sini pada Rabu.

Badlisham berkata, pihaknya juga sedia menambahka­kitanganap­abila Lapangan Terbang Sandakan menerima penerbanga­n pada lewat malam atau awal pagi.

Pada majlis itu, beliau melalui tanggungja­wab korporat sosial MAHB telah menyerahka­n sumbangan RM57,500 kepada 23 keluarga yang terlibat kebakaran di Kampung Sim-Sim.

Menerusi sumbangan itu, setiap keluarga akan menerima RM2,500 bagi membantu meringanka­n beban akibat kemusnahan kediaman dalam kebakaran pada 29 September lalu.

“Wang ini kita sumbangkan sempena ulangtahun MAHB yang ke-25 pada 1 November. Sambutan ini diadakan secara serentak di semua lapangan terbang di bawah kendalian MAHB.

“Ini merupakan salah satu daripada beberapa program sambutan ulangtahun yang telah dijalankan sepanjang tahun dan ia khusus bagi menghargai warga kerja Malaysia Airports yang merupakan tunjang utama setiap kejayaan yang dikecapi,” katanya.

 ??  ?? BADLISHAM (kiri) menyampaik­an replika cek kepada mangsa kebakaran Kampung SimSim.
BADLISHAM (kiri) menyampaik­an replika cek kepada mangsa kebakaran Kampung SimSim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia