Utusan Borneo (Sabah)

46,122 pekebun kecil, penoreh getah terima BMT

- Oleh ALFRED PETRUS

PITAS: Seramai 46,122 pekebun kecil dan penoreh getah di Sabah menerima bantuan di bawah program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Bantuan melibatkan sejumlah RM27.7 juta itu adalah untuk meringanka­n bebanan kewangan pekebun kecil dan penoreh getah pada bulan November hingga Januari 2018.

Bagi daerah Pitas, ia melibatkan seramai 2,580 pengusaha kebun getah dari 176 kampung dengan perbelanja­an sebanyak RM516,000 sebulan.

Manakala di Kota Marudu pula, seramai 8,615 pekebun getah yang melibatkan 144 kampung dengan perbelanja­an sebanyak RM1.7 juta sebulan.

Dalam pada itu, seramai 20 ketua kampung dari Pitas dan Kota Marudu mewakili penduduk mereka untuk menerima BMT yang disampaika­n oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman sebagai permulaan pembayaran BMT di Sabah.

Rahim Duyong, 60, yang juga ketua Kampung Sungai Eloi berkata BMT mampu membantu mereka sekeluarga dan juga penduduk kampung membeli keperluan harian.

Katanya sementara musim tengkujuh, mereka sekeluarga akan bekerja di ladang sawit atau sawah padi.

Namun pendapatan­nya melalui kerja di ladang sawit dan sawah padi juga tidak menentu. Pendapatan bulanan dari RM300 hingga RM350 sahaja.

“Keadaan infrastruk­tur jalan raya yang tidak berapa baik turut menjadi faktor hasil ladang dan sawah tidak dapat dijual,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan penyerahan cek kepada penerima di sini pada Rabu.

Katanya walaupun jarak dari kampungnya ke pekan Pitas hanya 6 kilometer, namun keadaan jalan raya menghalang beliau untuk memperting­katkan pendapatan bulanan keluargany­a.

Ketua Kampung Petani Baru Lorence Lumaggis berkata bantuan itu mampu membantu keluargany­a yang menghadapi kesukaran untuk menjual hasil getah yang telah dikumpulka­n.

“Jarak Pekan Pitas dari kampung saya sejauh 28 kilometer tetapi keadaan jalan raya di sini menyukarka­n kami untuk datang ke pekan menjual hasil getah ini.

“Walaupun torehan pada musim biasa boleh mencecah RM1,000 namun dengan tanggungan keluarga dan keadaan jalan ini, ia memang menyukarka­n kami menjualnya.

“Dengan adanya bantuan ini, dapat membantu kami sekeluarga membuat pembelian keperluan dan menyara tanggungan saya yang lain,” katanya.

Beliau dan keluargany­a tiada sumber pendapatan lain, selain aktiviti menoreh getah.

 ??  ?? MUSA (berdiri, lapan kiri) merakamkan gambar kenangan bersama wakil penerima BMT setiap kampung.
MUSA (berdiri, lapan kiri) merakamkan gambar kenangan bersama wakil penerima BMT setiap kampung.
 ??  ?? RAHIM
RAHIM
 ??  ?? LORENCE
LORENCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia