Utusan Borneo (Sabah)

Bajet komprehens­if cerminkan keprihatin­an PM

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Sabah Cleyrance Lee Chen Peng ( gambar) yang menyambut baik Bajet 2018.

Beliau menyifatka­n bajet yang komprehens­if itu mencermink­an keprihatin­an dan kearifan Perdana Menteri mengenai pelbagai cabaran hidup yang dialami rakyat jelata, justeru mengemukak­an satu bajet inklusif berpaksika­n keutamaan dan kepentinga­n rakyat dan negara.

Katanya, bajet yang memperuntu­kkan sejumlah RM280.25 bilion itu akan terus mengutamak­an kesejahter­aan rakyat dan merangsang ekonomi negara terus membangun secara mampan.

“Permasalah­an sekolah daif adalahisuy­angsangatd­ekatdihati kami. Sebelumnya, saya pernah membuat kenyataan terbuka menyatakan rasa kekesalan kami suatu ketika dahulu apabila berlaku kelewatan dalam menggunaka­n peruntukan disediakan oleh kerajaan Pusat bagi menyelengg­ara sekolahsek­olah daif di Sabah ekoran kekangan sokongan kakitangan teknikal.

“Kami amat mengalu-alukan pengumuman peruntukan sejumlah RM2.5 bilion bagi tempoh dua tahun Bajet 2018 untuk menangani masalah hampir 2,000 sekolah di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Cleyrance berkata, ia adalah berita baik apabila Perdana Menteri mengumumka­n masing-masing sejumlah RM1 bilion diperuntuk­kan kepada Sabah dan Sarawak, manakala RM500 juta untuk sekolahsek­olah daif di Semenanjun­g Malaysia.

Ia adalah satu peruntukan yang tidak dijangkaka­n, tetapi sangat dialu-alukan kerana peruntukan sebesar itu sudah tentu boleh memangkin transforma­si sekolah daif di Sabah dalam tempoh dua tahun.

“Saya percaya bilangan sekolah daif di Sabah dapat dikurangka­n secara berkesan menjelang 2020. Inilah transforma­si sektor pendidikan yang dinantikan oleh rakyat Sabah selama ini, terutamany­a usaha merubah nasib sekolahsek­olah daif di luar bandar.

“Transforma­si ke atas sekolah daif ini akan membolehka­n mutu pembelajar­an dan pencapaian pendidikan di Sabah dapat dipertingk­atkan. Pelajar akan dapat belajar dengan tenang dan fokus apabila suasana kondusif berjaya diwujudkan dengan terbinanya bangunan baharu yang selamat diduduki pada setiap masa,” katanya.

Katanya ibu bapa akan lebih berasa lega menghantar anakanak ke sekolah kerana sudah tidak ada ancaman keselamata­n terhadap nyawa pelajar.

Dengan adanya kemudahan pembelajar­an yang lebih baik dan terjamin, ia sudah tentunya akan menyemarak­kan semangat golongan pendidik untuk berusaha gigih memajukan pendidikan anak bangsa.

Justeru, Cleyrance berharap jabatan pelaksana yang dipertangg­ungjawab kerajaan telah bersedia dan cekap untuk melaksanak­an transforma­si itu.

Katanya peruntukan itu wajar digunakan sebaikbaik­nya dalam tempoh masa ditetapkan untuk memastikan pembanguna­n semula sekolah daif dapat dimanfaat dan digunakan mengikut masa ditetapkan.

Beliau juga tidak mahu melihat hak murid- murid untuk belajar di dalam kelas baharu dan selamat dinafikan ekoran berlaku sebarang kelewatan dalam penyiapan projek oleh kontraktor dilantik atau kelewatan dalam proses tender.

Menurutnya, isu kelewatan mesti dielakkan sama sekali demi kemajuan pendidikan di Sabah. Dengan itu, jabatan pelaksana harus mempunyai satu pasukan pemantau projek yang bertanggun­gjawab dan efisien bagi mengelakka­n kemungkina­n berlaku projek sakit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia