Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pesalah trafik termasuk seorang wanita didenda

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, Rabu, menjatuhka­n hukuman denda terhadap tiga pesalah trafik termasuk seorang wanita yang dikesan melakukan kesalahan berasingan.

Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus menjatuhka­n hukuman RM5,000 atau tujuh bulan penjara terhadap Fatimah Mahmud, 19, kerana tidak cermat semasa memandu.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan ( APJ) 1987 ( Akta 222/ 87) untuk kesalahann­ya yang dilakukan pada 23 Mac 2016 kira-kira jam 6.20 pagi.

Fatimah didakwa melakukan kesalahann­ya di simpang Kg Jawa dan menyebabka­n berlakunya kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang, Zainal Abiden Kadir, 46.

Dalam mahkamah sama, seorang lelaki, Timothy Ebony Tony, 29, dihukum denda RM1,700 atau penjara tiga bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 11 Oktober.

Timothy ditahan semasa operasi mabuk/ pelbagai kesalahan dalam sekatan jalan di St Patrick kira-kira jam 1.05 pagi dan didapati positif 164mg alkohol dalam 100 ml darah.

Berikutan itu, tertuduh dihukum Seksyen 45A (1) APJ 1987 (Akta 333/ 87).

Tertuduh sama turut dikenakan denda RM300 atau penjara lima hari mengikut Seksyen 26 (1) APJ 1987 kerana melakukan kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

Seorang lagi pesalah trafik, Sai Sze Wee @ Kan Sze Wee, 55, ditahan kira-kira jam 10 pagi, 1 November, semasa polis trafik menjalanka­n operasi di sekitar Bandar Tawau.

Tertuduh dikesan mempunyai waran tangkap dan terus dihadapkan ke mahkamah serta didenda RM350 atau lima hari penjara dan turut didenda RM300 atau lima hari penjara.

Hukuman terhadap Sze Wee dijatuhkan mengikut Seksyen 26 (1) APJ 1987 dan Seksyen 90 (1) APJ 1987.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Dayang Nur Azarinawat­y.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia