Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara 10 bulan kerana simpan harta curi

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 53 tahun dikenakan penjara sepuluh bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menyimpan harta curi.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap Loo Weng Leong, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati menyimpan pelbagai kabel disyaki harta curi, milik bangunan Pejabat Komersil.

Kesalahan dilakukan pada 28 Oktober jam 8.45 malam di sebuah rumah, Lorong Sibu-sibu, Inanam di sini.

Sementara itu, seorang lagi lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita.

Mulsidi Bili, 26, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah menunjukka­n kemaluanny­a kepada seorang kerani yang berusia 29 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 5 Oktober jam 1.30 petang di kawasan Star City, di sini.

Mahkamah menetapkan pada 3 Oktober untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, manakala pada 9 hingga 10 Januari tahun hadapan sebagai pengurusan kes.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan penjara selama tempoh lima tahun atau denda atau sebat, atau mana- mana dua daripadany­a.

Sementara itu, tertuduh juga dikenakan penjara enam bulan dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Tamat tempoh hukuman itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia