Utusan Borneo (Sabah)

Tawar seks kepada anggota polis, wanita Bangladesh didenda RM2,500

-

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Bangladesh didendaRM2,500ataupen­jara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, September lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu selepas Salma Sultana, 39, mengaku bersalah menawarkan perkhidmat­an seks itu di kaki lima di hadapan Hotel Victory 2, Jalan Imbi, di sini kirakira pukul 6.30 petang, 20 September lepas.

Wanita warga asing itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau keduaduany­a.

Tertuduh, ibu kepada dua cahaya mata itu turut didenda RM500 atau penjara sebulan selepas mengaku bersalah menyalahgu­nakan pas pelajar dengan bekerja sebagai pelacur di tempat, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Peraturan 11(7)(a) Peraturanp­eraturan Imigresen 1963 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 39(b) peraturan sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh membayar denda itu.

Terdahulu, peguam, T. Harpal Singh yang mewakili Salma memohon hukuman denda minimum atas alasan tertuduh perlu menanggung dua anak yang masih kecil di negara asal selain dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin pula memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia