Utusan Borneo (Sabah)

Motac teroka kawasan gunung berapi

Berpotensi dijadikan produk pelanconga­n baharu

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan ( Motac) Sabah sedang meneroka kawasan gunung berapi yang berpotensi dijadikan produk pelanconga­n baharu bagi mempelbaga­ikan produk pelanconga­n di negeri ini.

Pengarah Pejabat Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata pelanconga­n gunung berapi dilihat menjadi tren di negara lain di dunia.

Atas sebab itulah, Motac Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusaha mengenalpa­sti kawasan gunung berapi yang terdapat di negeri ini.

“Hasilnya, mereka menemukan tapak Gunung Berapi Bombalai, Tawau. Tapak gunung berapi yang berada dalam kawasan Taman Bukit Tawau ini mempunyai keunikan tersendiri. Ia termasukla­h kawasan mata air sulfur yang mengalirka­n air panas dengan warna kehijau- hijauan serta sulfur putih,” katanya.

Ahmad Zaki berkata kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah ribuan tahun dahulu. Disebabkan ia bukan gunung berapi yang aktif maka, ia amat sesuai untuk dijadikan kawasan pelanconga­n.

Kawah gunung berapi itu masih kekal menjadi tapak bersejarah tetapi tapak itu tidak dipromosik­an sebagai produk pelanconga­n.

Menurutnya,kawasankaw­ah Gunung Berapi Bombalai itu terletak 30 minit merentasi kawasan hutan dari pintu masuk Taman Bukit Tawau.

Selain Gunung Berapi Bombalai, Taman Bukit Tawau juga mempunyai satu lagi tarikan iaitu Gunung Lucia - salah satu gunung terbesar di situ.

“Di luar kawasan Taman Bukit Tawau juga terdapat tarikan gunung berapi lain seperti Columnar Joints di sepanjang Sungai Balung dan Conical Sprouts at Andrassy. Kedua-dua tapak ini boleh diakses melalui Bandar Tawau,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS Dr Agku Hassanah Bahar Pg Bagul berkata pelanconga­n gunung berapi biasanya digabungka­n sekali dengan aktiviti lain seperti pendakian dan perkhemaha­n.

Katanya sekiranya pelanconga­n gunung berapi semakin popular ia boleh diiktiraf sebagai sektor pelanconga­n bebas dan menjadi tambah nilai kepada pengalaman mencabar di bawah geo-pelanconga­n.

“Kami amat teruja untuk meneroka lebih banyak tentang sejarah gunung berapi di Sabah.

“Saya percaya usaha

“Di luar kawasan Taman Bukit Tawau juga terdapat tarikan gunung berapi lain seperti Columnar Joints di sepanjang Sungai Balung dan Conical Sprouts at Andrassy. Kedua-dua tapak ” ini boleh diakses melalui Bandar Tawau AG AHMAD ZAKI ABU BAKAR Pengarah Pejabat Motac Sabah

mengenalpa­sti aspek berbeza dalam kawasan geo-warisan ini adalah sebagai langkah melindungi, mendidik serta membangunk­an secara mampan kawasan Taman Bukit Tawau dan sekitarnya,” jelasnya.

Program kerjasama itu dilakukan di bawah Program Sustainabi­lity Volunshari­ng ( SSVP). Ia memberi fokus kepada isu kemampanan industri pelanconga­n yang bertemakan tapak bersejarah dan eko-pelanconga­n tagal.

Program kerjasama Motac Sabah dan UMS disertai seramai 10 pelajar dan kakitangan UMS serta Motac Sabah dengan bantuan pihak berkuasa Taman Bukit Tawau.

 ??  ?? KAWASAN mata air yang bersulfur dengan warna kehijau-hijauan yang terhasil daripada bekas letusan di Gunung Berapi Bombalai.
KAWASAN mata air yang bersulfur dengan warna kehijau-hijauan yang terhasil daripada bekas letusan di Gunung Berapi Bombalai.
 ??  ?? AHMAD Zaki (depan-kiri) bersama warga kerja dan pelajar UMS semasa mengenalpa­sti kawasan pelanconga­n gunung berapi di Taman Bukit Tawau.
AHMAD Zaki (depan-kiri) bersama warga kerja dan pelajar UMS semasa mengenalpa­sti kawasan pelanconga­n gunung berapi di Taman Bukit Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia