Utusan Borneo (Sabah)

MDT rancang naik taraf Dewan Terbuka Entabuan 2018

- Oleh HENRY BATING

TENOM: Usaha melengkapk­an serta menaik taraf kemudahan Dewan Terbuka Entabuan sedang dalam perancanga­n untuk dilaksanak­an tahun 2018 termasuk memperbany­ak aktiviti riadah dan sukan.

Ketua Daerah Tenom OKK David Jani berkata pihaknya telah membawa keperluan itu kepada pihak berkuasa tempatan dan menerima respon positif.

“Lonjakan aktiviti riadah di dewan berkenaan selari dengan perkembang­an fizikal sekitar Entabuan yang tidak jauh dari Pekan Tenom di samping berada dalam perancanga­n untuk dibangunka­n sebagai pekan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Cawangan Entabuan berkata demikian semasa kunjungan dan perbincang­an bersama Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom (MDT) Jaiping Minsu di pejabatnya pada Selasa.

Pada dasarnya, beliau berkata pihak MDT sentiasa membantu melaksanak­an cadangan berkaitan langkah menaik taraf kemudahan awam di bawah selian pihak berkuasa tempatan itu demi untuk memberi kemudahan kepada masyarakat.

Menurut David, dewan itu siap dua tahun lalu atas pembiayaan Kerajaan Persekutua­n di mana lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menambah dan merancang keperluan kelengkapa­n termasuk keceriaan serta keselamata­n dewan berkenaan.

Beliau memaklumka­n pihaknya sentiasa berusaha menggalakk­an perancanga­n pembangun yang dikemukaka­n penduduk demi kemudahan masyarakat untuk diberi pertimbang­an oleh pihak kerajaan.

 ??  ?? DAVID (kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan Jaiping.
DAVID (kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan Jaiping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia