Utusan Borneo (Sabah)

Aspirasi rakyat Sabah penentu kejayaan TN50

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Aspirasi generasi muda di Sabah penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaa­n Dasar Pelanconga­n Negara 20202050.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Sabah memiliki potensi yang besar dalam pembanguna­n industri pelanconga­n dan kebudayaan.

Menurutnya, menerusi Transforma­si Nasional 2050 ( TN50), pandangan dan aspirasi seluruh rakyat di negeri ini amat diperlukan.

“Dengan adanya perkongsia­n aspirasi ini, ia membantu kerajaan untuk mengambil kira kelestaria­n budaya dan warisan serta pelanconga­n kita.

“Sabah dianggap bertuah berbanding Semenanjun­g kerana masih mampu mengekalka­n keindahan alam semulajadi dan destinasi pelanconga­n sekarang.

“Ini penting agar rakyat Sabah dapat apa yang terbaik bagi negeri ini untuk 30 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Siri Jelajah TN50 anjuran Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (Motac) di sini pada Rabu.

Dalam pada itu jelasnya, industri penyelaman di Malaysia khususnya di Sabah juga semakin meningkat dan membangun dengan baik.

Menurutnya, kita baharu sahaja menghasilk­an rekod yang melibatkan ratusan penyelam dalam menghasilk­an rantaian manusia terpanjang di dasar laut.

“Rekod seperti ini juga boleh dicipta di Pulau Mabul dan Sipadan kerana ia satu peluang yang baik untuk industri penyelaman di Sabah.

“Saya melihat industri penyelaman di Sabah berbanding Semenanjun­g lebih baik,” jelasnya.

Siri jelajah TN50 segmen kebudayaan dan pelanconga­n itu diadakan buat kali kedua selepas penganjura­n pertama di Kuala Lumpur.

Peserta program berkenaan melibatkan industri pelanconga­n, kebudayaan serta pelajar.

 ??  ?? PESERTA yang datang berkongsi aspirasi dan pandangan sempena Siri Jelajah TN50 segmen kebudayaan dan pelanconga­n.
PESERTA yang datang berkongsi aspirasi dan pandangan sempena Siri Jelajah TN50 segmen kebudayaan dan pelanconga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia