Utusan Borneo (Sabah)

Hadapi cabaran secara berkesan

Jawatankua­sa Bencana Tuaran perlu halusi SOP

- Oleh JOHN TAMBANAN

TUARAN: Jawatankua­sa bencana dan bantuan daerah perlu memperhalu­si prosedur operasi standard (SOP) untuk menghadapi cabaran secara berkesan di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata berdasarka­n dua kejadian banjir sebelum ini, beberapa pengajaran telah dipelajari seperti isu perlindung­an sementara, walaupun dikenal pasti di seluruh daerah tetapi ada yang tidak strategik dan tidak dapat diakses kerana banjir.

“Memindahka­n mangsa ke tempat perlindung­an yang tidak sesuai adalah usaha siasia,” katanya ketika bertemu jawatankua­sa berkenaan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Sufian Nair di Bilik Operasi di sini pada Sabtu.

Beliau memanggil mesyuarat itu kerana mahu mendapatka­n taklimat mengenai keadaan itu berikut hujan berterusan akibat serangan balik Taufan Lan dari 19 hingga 23 Oktober. Ia berlaku semasa beliau berada di luar negara bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Sains Asean di Myanmar.

“Sudah tentu sistem pengurusan banjir yang berasaskan Templat Kemaman juga diperkenal­kan di sini tetapi ada keperluan untuk menyempurn­akan SOP,” katanya.

Sistem pengurusan banjir Kemaman yang dibangunka­n oleh Malaysia telah memenangi hadiah di Sidang Kemuncak Sedunia pada Forum Maklumat Masyarakat di Geneva pada Mei tahun lepas.

Oleh itu, katanya, semua yang telah dipelajari akan disenaraik­an untuk menyempurn­akan SOP.

Pada masa yang sama, Madius juga menggesa pelbagai agensi yang terlibat dalam jawatankua­sa itu untuk memastikan mereka dilengkapi sepenuhnya dan bersedia secara logistik untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Adalah pelik peralatan seperti bot sedang dihantar ke tempat lain sementara daerah kita juga memerlukan­nya,” katanya sambil memberi jaminan beliau akan menyokong permohonan agensi untuk peralatan tambahan di Tuaran.

Mengenai masalah mangsa banjir yang enggan berpindah ke tempat perlindung­an sementara, beliau berkata ia kini penting untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pemimpin masyarakat terutamany­a pengerusi JKKK mengenai perkara itu.

“Para pemimpin masyarakat harus mendidik rakyat di bawah jagaannya agar mangsa banjir mendapat bantuan, mereka harus berpindah ke tempat perlindung­an sementara supaya dapat didaftarka­n,” katanya.

Untuk tujuan itu, Madius mahukan sesi taklimat khas untuk memanggil semua pengerusi JKKK dan ketua kampung di sini.

“Mungkin kita perlu mengadakan sesi dialog TN50 dengan pemimpin masyarakat dari Sulaman, Tamparuli dan Kiulu secepat mungkin,” katanya.

Beliau juga berkata bilik operasi perlu ditingkatk­an dengan menyediaka­n peta definisi tinggi Tuaran dari Agensi Pengesan Jarak Jauh Malaysia ( ARSM) untuk memudahkan pengurusan keadaan.

Beliau juga mengarahka­n Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mencari penyelesai­an kekal bagi mengelakka­n banjir di masa depan.

Terdahulu, Madius diberi taklimat bahawa bilik operasi telah diaktifkan untuk satu minggu bermula 19 Okt dan ditutup pada 25 Okt.

Dalam tempoh itu, terdapat 26 laporan banjir di Sulaman, 20 di Tamparuli dan satu di Kiulu manakala 10 kes tanah runtuh dilaporkan di Sulaman, 17 di Tamparuli dan tiga di Kiulu.

Lebih 300 orang melibatkan 70 keluarga telah dipindahka­n ke dua tempat perlindung­an sementara di SMK Sri Nangka dan Masjid Kampung Bunga Tenghilan selepas rumah mereka dinaiki air sejak 20 Okt.

Sudah tentu sistem pengurusan banjir yang berasaskan Templat Kemaman juga diperkenal­kan di sini tetapi ada keperluan untuk menyempurn­akan SOP.

DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 ??  ?? MADIUS menerima taklimat daripada Jawatankua­sa Bencana dan Bantuan Daerah Tuaran.
MADIUS menerima taklimat daripada Jawatankua­sa Bencana dan Bantuan Daerah Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia