Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin tempatan sokong pembinaan jambatan

-

LABUAN: Menerusi Bajet 2018, peruntukan yang telah diluluskan untuk menjalanka­n kajian kebolehlak­sanaan terhadap cadangan pembinaan jambatan menghubung­kan Labuan dengan tanah besar Sabah, dilihat sebagai titik tolak kepada permulaan pembinaan jambatan itu nanti.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli cukup optimis kajian kebolehlak­sanaan itu akan dapat dilaksanak­an oleh pasukan perunding kejurutera­an yang dilantik.

“Ia akan dilantik oleh pihak berkuasa di mana kita difahamkan konsultan kejurutera­an akan dilantik. Sebab skop kajian kali ini lebih luas dan terperinci.

“Kajian dijangka mengambil masa lapan bulan hingga satu tahun untuk siap dan saya opitimis pembinaan jambatan itu nanti akan dapat direalisas­ikan,” katanya.

Beliau ditemui pada Program Merdeka@Komuniti Bersama Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Labuan.

Turut hadir, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Haji Rithuan Ismail, Pengarah Geraksaraf dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan Malaysia Haji Masnoor Ashaari dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan.

Sementara itu, pemimpin parti komponen Barisan Nasional ( BN) Wilayah Persekutua­n Labuan sebulat suara mahukan pembinaan jambatanit­udapatdila­ksanakan dengan segera, selepas kajian kebolehlak­sanaan terhadap cadangan itu, yang dijangka selesai pada hujung tahun depan.

Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Labuan Datuk Peter Mark berkata, ia adalah perkara yang diidamkan oleh rakyat Labuan, yang mahukan penghubung jalan raya antara Labuan dan Menumbok.

Beliau yakin infrastruk­tur itu nanti bukan sahaja dapat menghubung­kan Labuan dengan Sabah, malah ke seluruh Borneo.

Dengan terbina jambatan itu nanti, sekaligus melengkapk­an Projek Lebuhraya Pan Borneo yang menghubung­kan Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri yang memasukkan kajian pembinaan jambatan itu ke dalam Bajet 2018. Kita berharap ia akan menjadi kenyataan,” katanya.

 ??  ?? (Dari kanan) OI, Ramasamy, Peter dan Ronald pada sidang akhbar menyokong pembinaan jambatan itu.
(Dari kanan) OI, Ramasamy, Peter dan Ronald pada sidang akhbar menyokong pembinaan jambatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia